Wan Salmah Wan Sulaiman

Seniwati Wan Salmah binti Wan Sulaiman atau lebih mesra dikenali sebagai Mami merupakan penggiat seni yang termahsyur di Terengganu. Beliau bergerak aktif sebagai penari Gamelan, penyanyi, pelakon, dan puisi. Beliau merupakan penyanyi asal lagu tradisional Terengganu iaitu Ulik Mayang. Beliau dilahirkan pada 16 September 1944 di Kampung Tiong, Kuala Terengganu. Beliau terlibat dengan kegiatan seni Read more about Wan Salmah Wan Sulaiman[…]

Sultan Zainal Abidin III (Marhum Haji)

Sultan Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu kesebelas yang memerintah Terengganu Darul Iman dan segala jajahan takluknya pada tahun 1881 hingga 1918. Baginda digelar “Sultan Regu Ulama” kerana keakraban baginda dengan ulama-ulama Terengganu ketika itu, khususnya Syeikhul Ulama Terengganu, Syed Abdul Rahman Bin Syed Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Baginda diakui Read more about Sultan Zainal Abidin III (Marhum Haji)[…]

Sultan Zainal Abidin II (Marhum Masjid / Marhum Mata Merah)

Sultan Zainal Abidin II merupakan Sultan Terengganu yang ketiga. Tarikh kelahiran baginda tidaklah dapat diketahui tetapi baginda ditabalkan menggantikan ayahanda baginda Sultan Mansur I pada 14 Jamadilakhir 1208H bersamaan 14 Julai 1794. Baginda dikatakan menaiki takhta pada umur kira-kira 50 tahun. PUTERA-PUTERI Setakat yang diketahui, putera puteri baginda adalah: Tengku Ahmad (Sultan Ahmad I) Tengku Read more about Sultan Zainal Abidin II (Marhum Masjid / Marhum Mata Merah)[…]

Sultan Zainal Abidin I

Sultan Zainal Abidin I merupakan pengasas dan sultan pertama kepada Kesultanan Melayu Terengganu yang wujud sehingga ke hari ini. Susur galur baginda sampai kepada Bendahara Melaka yang pertama iaitu Tun Perpateh Besar Bendahara Seri Wak Raja (bapa saudara Sultan Muhammad Shah). Baginda merupakan putera Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja. Baginda memerintah dari 1726 Read more about Sultan Zainal Abidin I[…]

Sultan Umar (Baginda Umar – Marhum Baginda)

Setelah Sultan Umar berjaya memenangi Perang Saudara Terengganu, baginda menjadi pemerintah negeri Terengganu dan menjadi sultan Terengganu yang kesembilan dari 1839M hingga 1875M. Baginda digelar dengan Baginda Umar kerana memerintah negeri Terengganu melalui jalan peperangan. TUBUH BADAN BAGINDA Baginda dicatatkan mempunyai tubuh badan yang tinggi, gagah perkasa, biasanya memakai tanjak, dan menjadikan meriam kecil sepanjang Read more about Sultan Umar (Baginda Umar – Marhum Baginda)[…]

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Baginda diputerakan pada malam isnin 14 JamadilAkhir 1313H bersamaan 1 Disember 1895, bonda baginda adalah Cik Asiah binti Ismail di dalam sebuah bangunan di Istana Maziah. Bonda baginda menyatakan beliau merasa sakit seolah-olah hendak menghembuskan nafas terakhir semasa melahirkan baginda. TENGKU MUDA SULAIMAN Baginda dikenali semasa muda dengan gelaran Tengku Muda Sulaiman. Perwatakan baginda adalah Read more about Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah[…]

Sultan Muhammad II

Sultan Muhammad II merupakan Sultan Terengganu ke-12. Baginda telah diputerakan pada pukul 7.00 malam Khamis 1 Ramadhan 1306H bersamaan 1 Mei 1889M di Kuala Terengganu sebagai putera sulung Sultan Zainal Abidin III dari bondanya Cik Kalsum Binti Haji Daud. Saudara seayahanda bonda baginda ialah Hajah Tengku Ngah Aisyah dan Hajah Tengku Nik Maimunah Saudara-saudara seayahanda Read more about Sultan Muhammad II[…]

Sultan Muhammad I (Marhum Telor)

Sultan Muhammad I merupakan putera kepada Sultan Mansur II, baginda memerintah daripada 1837M hingga 1839M dan menjadi sultan Terengganu kelapan. Beliau tewas dalam Perang Saudara Terengganu dan takhta beliau digantikan dengan Sultan Umar pada tahun 1839M. Beberapa pembesar tidak menyokong perlantikan baginda kerana baginda tidak memenuhi kemuliaan raja-raja disebabkan tutur katanya dan suaranya pelat (telor). Read more about Sultan Muhammad I (Marhum Telor)[…]

Sultan Mizan Zainal Abidin

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan Sultan Terengganu ke-17. Baginda telah diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 di Kuala Terengganu. PENDIDIKAN Baginda menerima pendidikan awal di SK Sultan Sulaiman dan SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya, baginda telah melanjutkan pelajaran di Geelongs Grammar, Victoria, Australia dari Read more about Sultan Mizan Zainal Abidin[…]

Sultan Mansur II (Marhum Mansur)

Sultan Mansur II merupakan sultan Terengganu yang ketujuh, memerintah dari tahun 1831M hingga 1837M. Baginda merupakan sultan yang mengadapi konflik Perang Saudara Terengganu yang berlanjutan selama sembilan tahun dengan Sultan Umar. PERTABALAN Baginda ditabalkan pada 16 Syaaban 1246H bersamaan 31 Januari 1831M dengan gelaran Sultan Mansur Kedua. Baginda merupakan putera Sultan Zainal Abidin II dan Read more about Sultan Mansur II (Marhum Mansur)[…]


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5109