Lagenda Batu Penyu

Lagenda Batu Penyu merupakan penceritaan yang berkait dengan Batu Penyu yang terletak di Bukit Che Hawa, Rantau Abang, Dungun. LAGENDA BATU PENYU Menurut lagenda tempatan, terdapat sepasang penyu jantan dan betina yang menyusuri pesisir perairan Terengganu, setelah bertanya kepada ikan buntal, ikan berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah tiba di pesisir Pantai Rantau Abang dan terdapat Read more about Lagenda Batu Penyu[…]

Batu Penyu

 Batu Penyu merupakan satu struktur semula jadi yang terletak di puncak Bukit Che Hawa, Rantau Abang di dalam daerah Dungun. Batu ini terkenal di kalangan penduduk setempat kerana mempunyai lagendanya tersendiri. Batu ini terletak di ketinggian 42 meter dari paras laut. Terdapat kemudahan wakaf, tempat letak kenderaan dan ruang kegiatan luar disediakan untuk pengunjung. Read more about Batu Penyu[…]

Tanah Bencah Setiu

 Tanah Bencah Setiu merupakan satu kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negeri Terengganu pertama dari kawasan Tanah Bencah. Kawasan ini merangkumi keluasan kira-kira 23, 000 hektar keluasan daratan dan 880 hektar badan air.   EKOSISTEM Kawasan ini merupakan kawasan tadahan air bagi beberapa lembangan sistem sungai di daerah Setiu. Kawasan tadahan ini mengalami kelembapan Read more about Tanah Bencah Setiu[…]

Kampung Buluh

 Kampung Buluh merupakan satu kampung tradisional Melayu yang terletak di Hulu Terengganu. Kampung ini terletak 700 meter dari Kuala Berang dan 40 km dari Kuala Terengganu. Kampung ini dihubungkan dengan laluan negeri T174 yang menghubungkan Kuala Berang di Persimpangan MDHT hingga ke Kampung Dusun.   ASAL USUL Kampung ini mendapat namanya apabila petempatan yang Read more about Kampung Buluh[…]

Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠݢانو دارالايمان) merupakan salah sebuah daripada empat belas negeri di Malaysia. Negeri ini terletak di timur laut Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) dan bersempadankan Kelantan dan Pahang. Negeri ini mempunyai peratusan penduduk 3.7 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Dari segi peratusan keluasan tanah pula, Terengganu memiliki 3.93 peratus keluasan tanah daripada Malaysia dan 9.86 Read more about Terengganu Darul Iman[…]

Kampung Nasi Dingin

Kampung Nasi Dingin merupakan sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak di Hulu Terengganu. Kampung ini terletak 12 kilometer dari Kuala Berang dan 32 kilometer dari Kuala Terengganu. Kampung ini dihubungkan dengan jalanraya T9 yang menghubungkan Pekan Manir dan Pekan Tajin.   ASAL USUL. Kampung ini mendapat namanya daripada kejadian yang menimpa seorang pedagang yang dalam Read more about Kampung Nasi Dingin[…]

Kompleks Makam Askar Melayu Dungun

Makam Askar Melayu Dungun merupakan kompleks yang menempatkan enam makam Askar Melayu Dungun yang terlibat dengan kemalangan semasa menjalankan latihan ketenteraan menjelang Perang Dunia Kedua dalam menghadapi kemaraan tentera Jepun. Mereka terkorban dalam kejadian Tragedi Air Hitam yang berlaku pada 16 September 1941. Para prajurit yang terkorban merupakan: 1. Sarjan Nordin bin Haji Noh 2. Read more about Kompleks Makam Askar Melayu Dungun[…]

Wan Salmah Wan Sulaiman

Seniwati Wan Salmah binti Wan Sulaiman atau lebih mesra dikenali sebagai Mami merupakan penggiat seni yang termahsyur di Terengganu. Beliau bergerak aktif sebagai penari Gamelan, penyanyi, pelakon, dan puisi. Beliau merupakan penyanyi asal lagu tradisional Terengganu iaitu Ulik Mayang. Beliau dilahirkan pada 16 September 1944 di Kampung Tiong, Kuala Terengganu. Beliau terlibat dengan kegiatan seni Read more about Wan Salmah Wan Sulaiman[…]

Memorial Batu Bersurat

 Memorial Batu Bersurat merupakan satu binaan tugu bagi memperingati tempat terjumpanya Batu Bersurat Piagam Terengganu pada tahun 1887 oleh penduduk Kampung Buluh, Kuala Berang. Memorial ini terletak di atas sekeping tanah seluas 7 ekar di kawasan yang dikenali sebagai Tanah Batu, 45km daripada Bandaraya Kuala Terengganu. PERANCANGAN Perancangan awal memorial merangkumi pembinaan struktur memorial Read more about Memorial Batu Bersurat[…]

Batu Bersurat Piagam Terengganu

Batu Bersurat Piagam Terengganu merupakan satu batu ukiran bertulisan paling tua dan menggunakan tulisan Jawi yang terawal di Malaysia. Prasasti ini membuktikan bahawa Islam telah tiba di Terengganu menjelang 1300 Masihi. Prasasti ini seberat 214.8kg. Sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO di Barbados pada 13 Julai 2009 telah mengiktiraf bahawa Batu Bersurat Piagam Terengganu sebagai Read more about Batu Bersurat Piagam Terengganu[…]