Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Baginda diputerakan pada malam isnin 14 JamadilAkhir 1313H bersamaan 1 Disember 1895, bonda baginda adalah Cik Asiah binti Ismail di dalam sebuah bangunan di Istana Maziah. Bonda baginda menyatakan beliau merasa sakit seolah-olah hendak menghembuskan nafas terakhir semasa melahirkan baginda.


TENGKU MUDA SULAIMAN

Baginda dikenali semasa muda dengan gelaran Tengku Muda Sulaiman. Perwatakan baginda adalah menarik dan kacak. Baginda merupakan Waris Pertama semasa Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu diwujudkan.

Baginda dididik oleh ayahanda baginda sendiri dan oleh guru khas untuk menjadi seorang pemerintah negeri kelak.


PERKAHWINAN

Baginda berkahwin dengan Puteri Sultan Ahmad Pahang bernama Tengku Mariam (Tengku Ampuan Mariam) pada 17 Syaaban 1331H bersamaan 21 Julai 1913M.


MENERIMA KUASA WAKIL SULTAN

Baginda menerima surat wakil kekandanya Sultan Muhammad II pada tahun 1919.


NAIK TAKHTA

Baginda dilantik menjadi Sultan Terengganu ke-13 walaupun pada mulanya baginda menolak.

Istiadat dan keramaian menyambut harijadi dan pertabalan baginda bermula pada Selasa 14 JamadilAkhir 1339H bersamaan 22 Februari 1921 selama 10 hari. Ia bermula dengan menaikkan bendera diraja di atas Bukit Puteri dari jam 6.00 pagi ke 6.00 petang. Pada 23 JamadilAkhir 1339H bersamaan 3 Mac 1921, berlangsung ucapan tahniah dan taat setia dipersembahkan oleh Menteri Besar bagi pihak Jemaah Menteri dan Pegawai Kerajaan. Pada pukul 4.30 petang dijalankan istiadat meletak kerja bagi istiadat pertabalan sultan dengan tembakan meriam sebanyak 17 das, disambut dengan paluan gamelan dan bunyi-bunyian sehingga jam 5.15 petang disertai dengan paluan Nobat dan tembakan meriam 17 das sekali lagi.

Sempena pertabalan ini, dua jenis loket emas telah dikeluarkan. Kedua-duanya sebelah menyebelah tertulis huruf jawi “Yang Maha Mulia Al-Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Yang Pertama” dan diebelah muka lagi tertulis “Selamat Tabal dan Kemahkotaan Kerajaan Terengganu 23.6.39”.


PERISTIWA SEMASA PEMERINTAHAN BAGINDA

Antara peristiwa yang berlaku adalah:

  1. Daerah Hulu Terengganu Diwujudkan (1922)
  2. Bah Merah (1926)
  3. Pemberontakan Tani (1928)
  4. Pembukaan Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu (1932)
  5. Pembukaan Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah (1932)
  6. Pembukaan Sekolah Perempuan Tengku Ampuan Mariam (1937)
  7. Melawat England (1937)
  8. Perang Dunia Kedua Asia Timur Raya (1941)
  9. Menerima Kunjungan Panglima Tentera Jepun (1941)
  10. Perubahan Tahun Masihi Kepada Tahun Jemo Jepun (1942)
  11. Petukaran Mata Wang Jepun (1942)


KEMANGKATAN BAGINDA

Baginda mangkat pada pukul 5.00 petang hari Jumaat 24 September 1942M bersamaan 14 Ramadhan 1341H di istana Timur Padang Negara. Baginda gering akibat demam dan bisul beberapa hari sahaja. Baginda dimakamkan keesokan harinya di Dalam Kubah Masjid Abidin.


TITAH TERAKHIR BAGINDA

Baginda menyampaikan titah melalui Setiausaha Sulit baginda Engku Bijaya Sura di Masjid Abidin dan masjid-masjid seluruh negeri pada 18 September 1941. Titah baginda adalah:

“Ketahuilah wahai umatku yang dikasihi, bahawasanya Allah Subahanahu Wataala tidak menghilangkan satu-satu nikmat daripada satu-satu kaum melainkan dengan sebab mereka itu sendiri melanggar dan menyalahi perintah Tuhan, maka barang siapa yang meninggalkan fardhu-fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah Subahanahu Wataala ke atasnya dan melanggar tegahan-tegahan Tuhan beertilah ia menzalimi akan dirinya sendiri maka mustahaklah ia mendapat balasan kehinaan dunia dan akhirat oleh it wahai umatku sekalian kembalilah kepada jalan yang sebenar dan sambungkanlah semula pertalian di antara tuan-tuan.”


GAMBAR

 

 

 

 


Rujukan

  1. Sejarah Darul Iman, MISBAHA

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5109