Kompleks Makam Askar Melayu Dungun

Suasana sekitar makam.

Makam Askar Melayu Dungun merupakan kompleks yang menempatkan enam makam Askar Melayu Dungun yang terlibat dengan kemalangan semasa menjalankan latihan ketenteraan menjelang Perang Dunia Kedua dalam menghadapi kemaraan tentera Jepun. Mereka terkorban dalam kejadian Tragedi Air Hitam yang berlaku pada 16 September 1941.

Para prajurit yang terkorban merupakan:

1. Sarjan Nordin bin Haji Noh

2. Prajurit Alaudin bin Muhamed

3. Prajurit Darus bin Ngah

4. Prajurit Sahat bin Mubin

5. Prajurit Muhamed Shariff bin Daud

6. Prajurit Ngah Ahmad bin Alang Mat

Maklumat yang dipaparkan pada batu peringatan di kompleks ini tertera:

Teks Asal Jawi Terjemahan Rumi

باتو فريڠاتن

اينله مقام انم اورڠ عسکر ملايو کيت يڠتله برکملاڠن فد وقتو منجالنکن فکرجاءن دسوڠي فاك فد 18 سفتمبر 1941 برسماءن 26 شعبان ١٣٦٠ برتنتڠ دڠن خميس. مقام اين تله دباڠونکن اوله فاسوقکن ايه کمفني

Batu Peringatan.

Inilah makam enam orang askar Melayu kita yang telah berkemalangan pada waktu menjalankan pekerjaan di Sungai Paka pada 18 September 1941 bersamaan 26 Syaaban 1360 bertentang dengan khamis. Makam ini telah dibangunkan oleh Air Company.

Kompleks makam ini terletak di dalam Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Kuala Dungun.


Rujukan:

  1. Lawatan Tapak Ganutalgia, 24 Safar 1440 / 1 November 2018,  1530 PM
  2. Yusuf Abu Bakar dan YUSBA, Berita Darul Iman Nov/Dis 1991.