Batu Penyu

 Batu Penyu merupakan satu struktur semula jadi yang terletak di puncak Bukit Che Hawa, Rantau Abang di dalam daerah Dungun. Batu ini terkenal di kalangan penduduk setempat kerana mempunyai lagendanya tersendiri. Batu ini terletak di ketinggian 42 meter dari paras laut. Terdapat kemudahan wakaf, tempat letak kenderaan dan ruang kegiatan luar disediakan untuk pengunjung. Read more about Batu Penyu[…]

Tanah Bencah Setiu

 Tanah Bencah Setiu merupakan satu kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negeri Terengganu pertama dari kawasan Tanah Bencah. Kawasan ini merangkumi keluasan kira-kira 23, 000 hektar keluasan daratan dan 880 hektar badan air.   EKOSISTEM Kawasan ini merupakan kawasan tadahan air bagi beberapa lembangan sistem sungai di daerah Setiu. Kawasan tadahan ini mengalami kelembapan Read more about Tanah Bencah Setiu[…]

Kampung Buluh

 Kampung Buluh merupakan satu kampung tradisional Melayu yang terletak di Hulu Terengganu. Kampung ini terletak 700 meter dari Kuala Berang dan 40 km dari Kuala Terengganu. Kampung ini dihubungkan dengan laluan negeri T174 yang menghubungkan Kuala Berang di Persimpangan MDHT hingga ke Kampung Dusun.   ASAL USUL Kampung ini mendapat namanya apabila petempatan yang Read more about Kampung Buluh[…]

Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠݢانو دارالايمان) merupakan salah sebuah daripada empat belas negeri di Malaysia. Negeri ini terletak di timur laut Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) dan bersempadankan Kelantan dan Pahang. Negeri ini mempunyai peratusan penduduk 3.7 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Dari segi peratusan keluasan tanah pula, Terengganu memiliki 3.93 peratus keluasan tanah daripada Malaysia dan 9.86 Read more about Terengganu Darul Iman[…]

Kampung Nasi Dingin

Kampung Nasi Dingin merupakan sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak di Hulu Terengganu. Kampung ini terletak 12 kilometer dari Kuala Berang dan 32 kilometer dari Kuala Terengganu. Kampung ini dihubungkan dengan jalanraya T9 yang menghubungkan Pekan Manir dan Pekan Tajin.   ASAL USUL. Kampung ini mendapat namanya daripada kejadian yang menimpa seorang pedagang yang dalam Read more about Kampung Nasi Dingin[…]

Kompleks Makam Askar Melayu Dungun

Makam Askar Melayu Dungun merupakan kompleks yang menempatkan enam makam Askar Melayu Dungun yang terlibat dengan kemalangan semasa menjalankan latihan ketenteraan menjelang Perang Dunia Kedua dalam menghadapi kemaraan tentera Jepun. Mereka terkorban dalam kejadian Tragedi Air Hitam yang berlaku pada 16 September 1941. Para prajurit yang terkorban merupakan: 1. Sarjan Nordin bin Haji Noh 2. Read more about Kompleks Makam Askar Melayu Dungun[…]

Memorial Batu Bersurat

 Memorial Batu Bersurat merupakan satu binaan tugu bagi memperingati tempat terjumpanya Batu Bersurat Piagam Terengganu pada tahun 1887 oleh penduduk Kampung Buluh, Kuala Berang. Memorial ini terletak di atas sekeping tanah seluas 7 ekar di kawasan yang dikenali sebagai Tanah Batu, 45km daripada Bandaraya Kuala Terengganu. PERANCANGAN Perancangan awal memorial merangkumi pembinaan struktur memorial Read more about Memorial Batu Bersurat[…]

Bukit Puteri

 Bukit Puteri merupakan titik pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Bukit ini merupakan tempat sejarah yang penting kepada pensejarahan Terengganu. Bukit ini juga merupakan tempat strategik dalam pertahanan Kuala Terengganu dan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat Terengganu dahulu. Bukit ini berkeluasan kira-kira 0.688 hektar dan mempunyai ketinggian kira-kira 200 meter dari paras laut. Read more about Bukit Puteri[…]

Masjid Kampung Tuan

Masjid Kampung Tuan merupakan masjid lama yang terletak di Kampung Tuan / Kampung Enjin Gergaji di tebing Sungai Limbong, bersebelahan pusat bandar Cukai, Kemaman. Masjid ini dibina pada tahun 1830 oleh guru agama yang berasal daripada Pattani iaitu Syed Abdul Rahman Bin Abdul Samad yang tiba di Terengganu akibat tekanan dan ancaman peperangan dengan Siam. Read more about Masjid Kampung Tuan[…]

Bandar Marang

Sempadan pengaruh perbandaran Marang Bandar Marang merupakan ibu daerah kepada daerah Marang. Bandar ini menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dan juga institusi Kerajaan Persekutuan. Bandar ini merupakan bandar pelancongan dan menjadi tempat persinggahan untuk ke Pulau Kapas. Pinggir utara bandar ini adalah Kampung Rhu Rendang, pinggir selatan bandar ini adalah di Kampung Seberang Marang Read more about Bandar Marang[…]