Sultan Zainal Abidin II merupakan Sultan Terengganu yang ketiga. Tarikh kelahiran baginda tidaklah dapat diketahui tetapi baginda ditabalkan menggantikan ayahanda baginda Sultan Mansur I pada 14 Jamadilakhir 1208H bersamaan 14 Julai 1794. Baginda dikatakan menaiki takhta pada umur kira-kira 50 tahun.
PUTERA-PUTERI
Setakat yang diketahui, putera puteri baginda adalah:
- Tengku Ahmad (Sultan Ahmad I)
- Tengku Abdul Rahman (Sultan Abdul Rahman)
- Tengku Abdul Rahim
- Tengku Cik Khadijah
- Tengku Jusoh
- Tengku Cik Busu (Tengku Cik Muda)
- Tengku Nik
- Tengku Su Cik
- Tengku Ismail
- Tengku Besar Abbas
Baginda mangkat pada 1223H (1808M). Ada pendapat mengatakan baginda mangkat pada 1227H (1812M). Baginda dikenali sebagai Marhum Masjid atau Marhum Mata Merah. Baginda dimakamkan di dalam kawasan Makam Diraja Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Baginda dipercayai berkahwin dengan Cik Puan Zainab anak kepada Bendahara Indera Bongsu Johor. Menteri baginda pula adalah Dato’ Seri Nara Wangsa (Dato Mata-mata Encik Saleh).
Rujukan:
- Sejarah Darul Iman, MISBAHA