3rd Januari 2016

Kota Terengganu

Slide3_kota_trg

Kota Terengganu merupakan satu projek kemasyarakatan yang dirancang oleh Ganutalgia. Projek ini bertujuan untuk merekodkan dan mencipta semula susun atur perbandaran Kuala Terengganu pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

Kemusnahan yang berlaku pada Kuala Terengganu telah menyebabkan 80 peratus daripada muka asal Bandar Kuala Terengganu telah lenyap. Sehingga kini, hanya Segi Tiga Warisan iaitu kawasan di antara Kampung Cina, Istana Maziah dan Masjid Abidin yang kekal sehingga hari ini.

Beberapa kampung lama seperti gugusan perkampungan Tanjung Ladang, Paya Bunga dan Kedai Binjai telah musnah oleh pembangunan. Kegagalan perancangan perbandaran dalam usaha mengekalkan bahagian bandar lama sepertimana yang telah diaplikasikan pada Istanbut, Turki dan Paris, Perancis telah melenyapkan pelbagai warisan sejarah.

Oleh itu Ganutalgia merancang untuk membangunkan kembali Kota Terengganu melalui replika dan berharap agar masyarakat mendapat gambaran asal mengenai kemajuan perbandaran dan perancangan pembangunan oleh masyarakat tradisi Terengganu.

Ganutalgia mengalu-alukan penglibatan pelajar jurusan berkaitan senibina dan perancangan petempatan untuk sama-sama menjayakan projek ini.

Hubungi +6014-843 2433 (Naim) untuk maklumat lanjut.