Batu Bersurat Piagam Terengganu

Batu Bersurat Piagam Terengganu merupakan satu batu ukiran bertulisan paling tua dan menggunakan tulisan Jawi yang terawal di Malaysia. Prasasti ini membuktikan bahawa Islam telah tiba di Terengganu menjelang 1300 Masihi. Prasasti ini seberat 214.8kg. Sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO di Barbados pada 13 Julai 2009 telah mengiktiraf bahawa Batu Bersurat Piagam Terengganu sebagai Read more about Batu Bersurat Piagam Terengganu[…]

Ulik Mayang

Ulik Mayang (Ejaan lain: Ulit Mayang, Ulek Mayang)  merupakan satu budaya persembahan masyarakat Terengganu yang terkenal dan dipersembahkan sebagai salah satu rupa budaya Terengganu pada hari ini.   ASAL USUL Terdapat banyak versi asal usul Ulik Mayang diceritakan oleh penduduk setempat bahkan peminat lagu serta persembahan ini. Namun, terdapat juga versi yang berbeza diceritakan. Berikut Read more about Ulik Mayang[…]

Rodat Terengganu

Rodat merupakan satu budaya yang menonjol di Terengganu. Ketika ini, mungkin rodat telah menjadi satu istilah asing, tetapi sebenarnya rodat merupakan warisan unik Terengganu yang tiada yang mirip dengannya pada wilayah-wilayah yang berjiran dengannya. Sehingga kini, tiada kajian yang dapat menyimpulkan dari mana asal-usul rodat dan bagaimana budaya ini menjadi satu rupa tampak kebudayaan Terengganu. Read more about Rodat Terengganu[…]

Mengabang

Mengabang merupakan satu bentuk muka bumi yang terkenal di Terengganu. Bentuk mukabumi ini dijadikan nama tempat di Terengganu. Antaranya: Mengabang Telipot Mengabang Tengah Ladang Mengabang Terdapat dua pendapat mengenai ciri-ciri mukabumi unik yang membentuk mengabang: Beting pasir pada anak sungai di pertemuan anak sungai dan laut. Beting pasir yang terbentuk ini membentuk satu mukabumi yang Read more about Mengabang[…]

Tuk Pertanda

Tuk Pertanda merupakan pegawai yang menjadi ketua penjara sehingga pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Beliau berada di bawah tanggungjawab Datuk Panglima Dalam. Semua urusan di penjara adalah di bawah bidang kuasa Tuk Pertanda. Antara tanggungjawab Tuk Pertanda adalah: Menyediakan kemudahan di penjara. Memerhatikan dan mengendalikan banduan. Melaksanakan hukuman. Memotong anggota pesalah berdasarkan hukuman. Menggantung pesalah Read more about Tuk Pertanda[…]

Wakaf Marhum Baginda

Wakaf Marhum Baginda merujuk kepada tanah wakaf yang dianugerahkan oleh baginda Sultan Umar kepada penuntut ilmu dan pengajar agama yang mengajar di Terengganu. Baginda melakukan demikian kerana ingin menyuburkan serta menarik minat pengajar-pengajar agama untuk menjadikan Terengganu sebagai pusat perkembangan agama Islam. Surat wakaf pengisytiharan akan dikeluarkan oleh baginda kepada mereka yang terlibat untuk mengesahkan Read more about Wakaf Marhum Baginda[…]

Sambutan Ramadhan di Terengganu

Amalan masyarakat Melayu Terengganu dalam menyambut ketibaan bulan Ramadhan bermula ketika sambutan Nisfu Syaaban (malam 15 Syaaban). Pada malam berkenaan, surau dan masjid dipenuhi oleh penduduk dengan bacaan Yassin, kadangkala ditambah dengan qasidah dan syair puji-pujian kepada Allah dan Rasul-Nya daripada kitab-kitab syair Arab dan bacaan syair ini berterusan kadangkala sehingga ke pagi. Pada malam Read more about Sambutan Ramadhan di Terengganu[…]

Ratib Hawar

Ratib Hawar merupakan satu majlis yang diadakan apabila negeri diserang wabak penyakit, biasanya taun. Menurut cerita lisan, apabila negeri diserang sesuatu penyakit atau wabak, penduduk Terengganu akan mengadakan perarakan pada waktu malam hari, biasanya bermula selepas waktu solat Isyak sehingga ke awal subuh. Penduduk akan berzikir dan memuji Allah Taala sambil berarak sekeliling kampung. TUJUAN Read more about Ratib Hawar[…]

Memukul Canang

Adat memukul canang dilakukan sehingga zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dan sebelum campurtangan British. Ia merupakan acara memasyhurkan sesuatu perkara besar kepada rakyat negeri, dengan cara memukul canang. Canang adalah sebuah gong yang dikandar oleh dua orang pembawanya. Ia dibawa berjalan di mana-mana tempat awam dan tumpuan orang ramai, melalui lorong-lorong ke seluruh kampung-kampung Read more about Memukul Canang[…]

Keropok Lekor

Keropok lekor merupakan makanan tradisional negeri Terengganu. Makanan yang berasaskan ikan ini merupakan makanan sepanjang masa bagi masyarakat Terengganu dan menjadi salah satu daripada identiti Terengganu. Makanan ini dihidangkan bersama dengan pencicah yang dikenali sebagai ‘cuka lada’ dan boleh dihidangkan berasingan atau dituangkan ke atas keropok secara terus. Menurut penceritaan lisan daripada masyarakat Kuala Terengganu Read more about Keropok Lekor[…]