Lebai Saris (Lebai Saras)

Lebai Saris atau Lebai Saras merupakan pemimpin yang melarikan diri daripada Patani semasa serangan Siam ke Patani pada tahun 1808M. Beliau datang bersama isterinya dan anaknya bernama Encik Bakar serta anak perempuannya bernama Nilam serta pengikutnya menyusuri pantai Terengganu ke selatan sehingga ke Kemaman dan mudik ke hulu ke Kampung Nyior memulakan hidup baru. PEMBERONTAKAN Read more about Lebai Saris (Lebai Saras)[…]

Krisis Pemerintahan Terengganu 1740

Semasa Sultan Mansur I meninggalkan Terengganu kerana berkahwin di Riau, pemerintahan negeri Terengganu Darul Iman telah dipangku oleh Bendahara Bukit Puteri (Bendahara Husin) dan Orang Kaya Padang. Selesai perkahwinan, saudara baginda Ku Tana Wangsa kembali ke Terengganu dan beliau hendak memegang kuasa sama seperti dahulu namun dihalang oleh Bendahara dan Orang Kaya. Setelah diketahui oleh Read more about Krisis Pemerintahan Terengganu 1740[…]

Krisis Belanda-Terengganu

Peristiwa ini berlaku ketika di akhir zaman pemerintahan Sultan Mansur I. Krisis ini hampir menjurus kepada perperangan tetapi terbatal dengan keuzuran baginda Sultan. PENCETUS KRISIS Kira-kira tahun 1790M, Sultan Mansur telah memperkenankan permintaan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Lingga supaya menghantar satu perutusan perdamaian dengan Belanda di Melaka. Tetapi Belanda tidak mengiktiraf baginda Read more about Krisis Belanda-Terengganu[…]

Konflik Terengganu-Kelantan

Dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin II, Terengganu telah bertindak melanggar Kelantan buat kali kedua selepas Kempen Melanggar Kelantan yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur I sekitar tahun 1771M. PUNCA Punca konflik adalah disebabkan oleh Long (Ahmad) Muhammad anak kepada Long Yunus. Pihak-pihak berkenaan tidak bersetuju dengan perkahwinan Tengku Cik Muda yang merupakan putera baginda Read more about Konflik Terengganu-Kelantan[…]

Keropok Lekor

Keropok lekor merupakan makanan tradisional negeri Terengganu. Makanan yang berasaskan ikan ini merupakan makanan sepanjang masa bagi masyarakat Terengganu dan menjadi salah satu daripada identiti Terengganu. Makanan ini dihidangkan bersama dengan pencicah yang dikenali sebagai ‘cuka lada’ dan boleh dihidangkan berasingan atau dituangkan ke atas keropok secara terus. Menurut penceritaan lisan daripada masyarakat Kuala Terengganu Read more about Keropok Lekor[…]

Keramat Tentera Pasir

Keramat Tentera Pasir merupakan penamaan kepada kisah lisan yang terkenal di Terengganu melibatkan Syeikh Ibrahim dan Syeikh Abdul Aziz (Tok Pelam) yang menghadapi ancaman Siam yang hendak menyerang Terengganu kerana tindakan Sultan Mansur I menghentikan seketika penghantaran Bunga Emas kepada Siam. LATAR BELAKANG Kisah ini dipercayai berlaku pada tahun 1787M. Setelah mengetahui ancaman Siam ke Read more about Keramat Tentera Pasir[…]

Kempen Melanggar Kelantan

Rentetan peristiwa Kempen Melanggar Kelantan bermula seawal 1740M, dan angkatan tentera Terengganu berlepas dari Kuala Terengganu pada 18 Rabiulawal 1185H bersamaan 1 Julai 1771. Semasa Long Pandak Kelantan datang ke Terengganu pada tahun 1740M, Beliau telah dikurniakan gelaran Dato’ Seri Maharaja oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Riau dan menjadi pemerintah yang berkuasa di Kelantan. Read more about Kempen Melanggar Kelantan[…]

Kempen Anti-Bugis Riau

Rancangan Sultan Mansur I untuk mengurangkan kuasa Bugis di Riau semakin sukar apabila Sultan Sulaiman Riau sudah tidak dapat dipengaruhi dan pengaruh Bugis semakin kuat setelah kembali dari serangan terhadap Raja Alam. Baginda mengatur rancangan lain yang difikirkan berkesan walaupun berbahaya. KEMPEN Baginda menyebarkan propaganda dan kebimbangan terhadap penduduk Riau mengenai cerita kononnya orang Bugis Read more about Kempen Anti-Bugis Riau[…]

Kedai Binjai

Kedai Binjai merupakan nama lama bagi tapak Hotel Seri Malaysia. Ia menempatkan stesen teksi Kuala Terengganu sehingga akhir 1970-an dan mempunyai beberapa deretan kedai makan. Kawasan ini juga merupakan tempat pengkalan perahu penambang ke Pulau Duyong dan Seberang Takir serta Manir. Kini, beberapa kedai makan yang masih wujud membawa nama gelaran “Kedai Binjai” sebagai tanda Read more about Kedai Binjai[…]

Kampung Tiong

Kampung Tiong terletak di belakang Kampung Cina, merupakan kampung tradisi Terengganu dengan campuran penduduknya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina Terengganu. Kampung ini juga menempatkan bangunan gudang beras yang terkenal. Kini, kampung ini dirobohkan untuk dibangunkan pusat perniagaan.