Lebai Saris (Lebai Saras)

Lebai Saris atau Lebai Saras merupakan pemimpin yang melarikan diri daripada Patani semasa serangan Siam ke Patani pada tahun 1808M. Beliau datang bersama isterinya dan anaknya bernama Encik Bakar serta anak perempuannya bernama Nilam serta pengikutnya menyusuri pantai Terengganu ke selatan sehingga ke Kemaman dan mudik ke hulu ke Kampung Nyior memulakan hidup baru.


PEMBERONTAKAN

Setelah mendapat pengaruh, beliau membina pentadbiran sendiri dan menganggap bahawa tanah Kemaman bukan di bawah kekuasaan sesiapa. Tindakan ini menyebabkan Sultan Terengganu pada masa itu iaitu Sultan Ahmad Shah I menganggap bahawa perkara ini perlu dicegah.


KEMATIAN

Setelah Lebai Saris berjaya dikalahkan, beliau dan anak lelaki beliau dihukum sula dengan sula nipah sehingga mati.