Keramat Tentera Pasir

Keramat Tentera Pasir merupakan penamaan kepada kisah lisan yang terkenal di Terengganu melibatkan Syeikh Ibrahim dan Syeikh Abdul Aziz (Tok Pelam) yang menghadapi ancaman Siam yang hendak menyerang Terengganu kerana tindakan Sultan Mansur I menghentikan seketika penghantaran Bunga Emas kepada Siam.


LATAR BELAKANG

Kisah ini dipercayai berlaku pada tahun 1787M. Setelah mengetahui ancaman Siam ke Terengganu, Syeikh Ibrahim dan Tok Pelam telah membantu kerajaan Terengganu dengan menaburkan pasir yang telah dibaca ayat Al-Quran di sepanjang pantai Kuala Terengganu. Tentera Siam dikhabarkan membatalkan serangan kerana ‘melihat’ ratusan tentera Terengganu berbaris di sepanjang pantai seolah-olah bersedia untuk menyerang Terengganu.

Cerita ini tersebar di kalangan penduduk Terengganu dan menjadi salah satu kisah lisan yang terkenal.