Kedai Binjai

Kedai Binjai merupakan nama lama bagi tapak Hotel Seri Malaysia. Ia menempatkan stesen teksi Kuala Terengganu sehingga akhir 1970-an dan mempunyai beberapa deretan kedai makan. Kawasan ini juga merupakan tempat pengkalan perahu penambang ke Pulau Duyong dan Seberang Takir serta Manir.

Kini, beberapa kedai makan yang masih wujud membawa nama gelaran “Kedai Binjai” sebagai tanda pengenalan bahawa dahulunya mereka beroperasi di Kedai Binjai satu ketika dahulu.


SEJARAH

Kedai Binjai merupakan stesen transit bagi pengangkutan air untuk ke Pasar Besar Tanjung suatu ketika dahulu. Kedai Binjai menjadi pusat ekonomi bandar Kuala Terengganu yang merupakan satu rangkaian perbandaran daripada Tanjung dan Kampung Cina. Sebelum dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan hotel, Kedai Binjai menjadi jeti terus untuk ke Pulau Duyong.

Semasa Bah Merah melanda Terengganu pada tahun 1926, Kedai Binjai ditenggelami air setinggi 1 meter dan merupakan antara kawasan yang teruk terjejas memandangkan kawasan berkenaan merupakan kawasan liku sungai dan permulaan kepada tanah tanjung Kuala Terengganu.

Fungsi Kedai Binjai juga penting ketika istana Terengganu berada di Bukit Keledang, bertentangan dengan kawasan ini.


PENAMAAN KEDAI BINJAI

Sehingga kini, mereka yang pernah menjalankan perniagaan di sini, terutamanya restoran, mengekalkan nama Kedai Binjai walaupun telah berpindah ke tempat perniagaan baru. Mereka akan meletakkan nama Kedai Binjai (Contohnya: Restoran Yah Kedai Binjai) untuk memudahkan pelanggan lama mengenali mereka kembali dan juga sebagai nostalgia bahawa satu pusat laman selera tradisional pernah wujud dengan nama berkenaan.


GAMBAR