Kempen Anti-Bugis Riau

Rancangan Sultan Mansur I untuk mengurangkan kuasa Bugis di Riau semakin sukar apabila Sultan Sulaiman Riau sudah tidak dapat dipengaruhi dan pengaruh Bugis semakin kuat setelah kembali dari serangan terhadap Raja Alam. Baginda mengatur rancangan lain yang difikirkan berkesan walaupun berbahaya.


KEMPEN

Baginda menyebarkan propaganda dan kebimbangan terhadap penduduk Riau mengenai cerita kononnya orang Bugis hendak mengamuk, ingin membakar rumah-rumah, dan pelbagai kekacauan lain. Setiap hari propaganda ini disebarkan sehinggakan membuat penduduk negeri berasa tidak tenteram. Rancangan Sultan Mansur I berjaya.

Akhirnya, Daeng Kemboja meninggalkan Riau kerana bimbangkan keselamatan serta marah mengenai segala berita palsu dan propaganda berkenaan. Beliau menuju ke Linggi, namun Raja Haji (anak Daeng Chelak) masih tinggal di Riau.

 


Rujukan:

  1. MISBAHA, Sejarah Darul Iman