Perperangan Besut

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur I, ketua daerah Besut bernama Encik Namat pernah memohon bantuan baginda untuk menghapuskan lanun-lanun yang berleluasa di pantai Besut. Anak baginda bernama Tengku Abdul Kadir datang dan mengetuai pembasmian ini dan akhirnya beliau dilantik sebagai pemerintah Besut dengan dibantu oleh Encik Namat sebagai pembesar daerah. Tengku Abdul Kadir mendirikan benteng Read more about Perperangan Besut[…]

Penjara Lama Kedai Tanjung

Penjara Lama Kedai Tanjung merupakan penjara lama yang wujud sehingga zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Penjara ini terletak di tengah-tengah Kedai Tanjung, diantara Kampung Dalam Bata dan Kampung Aur. Penjara ini pernah dicatatkan oleh Hugh Clifford semasa melawat Terengganu pada tahun 1985. KEADAAN PENJARA Menurut kajian dan catatan yang dilakukan oleh Dato’ Setia Jasa Read more about Penjara Lama Kedai Tanjung[…]

Pemberontakan Lebai Saris (Lebai Saras)

Pemberontakan ini berlaku diantara 1808M hingga 1826M setelah Lebai Saris (Lebai Saras), keluarga dan pengikutnya melarikan diri dari Patani ke Terengganu setelah kalah dalam perperangan menetang Siam. Beliau kemudiannya menyusur pantai Terengganu sebelum mudik ke Kemaman dan mudik ke hulu. Setibanya ke Kampung Nyior beliau memulakan hidup baru. PENENTANGAN Dengan usaha beliau, kawasan Kemaman berjaya Read more about Pemberontakan Lebai Saris (Lebai Saras)[…]

Pejabat Jam Besar

Pejabat Jam Besar adalah kompleks pejabat kerajaan Terengganu yang dibina pada tahun 1924. Pejabat ini terletak di tapak Wisma Darul Iman kini. Pejabat ini musnah dalam suatu kebakaran. Pejabat ini dibina di kawasan sekitar Paya Bunga, bersebelahan dengan Padang Paya Bunga (kini Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah). Ketika itu, kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Read more about Pejabat Jam Besar[…]

Paya Bunga

Paya Bunga merupakan kawasan paya yang menjadi asas kepada tapak perbandaran Kuala Terengganu. Kawasan ini terbentang daripada Ladang di timur, sehingga ke Kampung Tiong di barat, membentuk kawasan yang besar di Kuala Terengganu. Jalan Paya Bunga merupakan nama lama bagi Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu. Bangunan penting pentadbiran dan perdagangan di Kuala Terengganu seperti Read more about Paya Bunga[…]

Pasar Besar Tanjung

Pasar Besar Tanjung merupakan satu pasar lama yang dirobohkan pada awal 1970-an. Pasar ini dahulunya merupakan pasar yang terbesar di Kuala Terengganu. Pasar ini dirobohkan dan digantikan dengan Taman Selera Tanjung setelah Pasar Besar Kedai Payang siap dibina. Pasar ini merupakan pasar tradisi, dengan hanya satu bangunan berbumbung. Manakala peniaga lain membuka gerai sendiri dan Read more about Pasar Besar Tanjung[…]

Memukul Canang

Adat memukul canang dilakukan sehingga zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dan sebelum campurtangan British. Ia merupakan acara memasyhurkan sesuatu perkara besar kepada rakyat negeri, dengan cara memukul canang. Canang adalah sebuah gong yang dikandar oleh dua orang pembawanya. Ia dibawa berjalan di mana-mana tempat awam dan tumpuan orang ramai, melalui lorong-lorong ke seluruh kampung-kampung Read more about Memukul Canang[…]

Makam Diraja Syeikh Ibrahim (Perkuburan Syeikh Ibrahim)

Makam diraja Syeikh Ibrahim merupakan satu kompleks permakaman diraja, orang besar dan rakyat Terengganu. Kompleks permakaman ini terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Terengganu, berhadapan dengan Wisma Persekutuan. MAKAM Terdapat beberapa orang tokoh Terengganu yang dimakamkan di sini, antaranya: Syeikh Ibrahim Al-Amudi Sultan Zainal Abidin II Sultan Abdul Rahman Sultan Daud Tok Syeikh Duyong (Haji Read more about Makam Diraja Syeikh Ibrahim (Perkuburan Syeikh Ibrahim)[…]