Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wp-pagenavi domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the login-customizer domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114
Paya Bunga – Ganupedia

Paya Bunga

Paya Bunga merupakan kawasan paya yang menjadi asas kepada tapak perbandaran Kuala Terengganu. Kawasan ini terbentang daripada Ladang di timur, sehingga ke Kampung Tiong di barat, membentuk kawasan yang besar di Kuala Terengganu. Jalan Paya Bunga merupakan nama lama bagi Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu.

Bangunan penting pentadbiran dan perdagangan di Kuala Terengganu seperti Wisma Darul Iman, Menara PMINT dan Dataran Paya Bunga merupakan bangunan yang dibina di lokasi berkenaan. Kawasan ini dibangunkan pada awal 1930 dengan pembinaan bangunan baru kerajaan oleh British.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan stadium yang dibina di atas tapak padang yang dikenali sebagai Padang Paya Bunga. Terdapat salah sebuah sekolah kebangsaan yang tertua di Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Paya Bunga yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Paya Bunga. Surau yang terkenal iaitu Surau Syed Saggaf juga terletak di Paya Bunga.