Pejabat Jam Besar

Pejabat Jam Besar adalah kompleks pejabat kerajaan Terengganu yang dibina pada tahun 1924. Pejabat ini terletak di tapak Wisma Darul Iman kini. Pejabat ini musnah dalam suatu kebakaran. Pejabat ini dibina di kawasan sekitar Paya Bunga, bersebelahan dengan Padang Paya Bunga (kini Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah). Ketika itu, kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, yang berada disebelah Pejabat ini dipisahkan dengan paya daripada kawasan Ladang dan Tanjung. Kawasan ini merupakan kawasan yang baru dibuka, dan merupakan tapak pembinaan bandaraya Kuala Terengganu moden kini.


MAKLUMAT AM

Nama Jalan Pejabat diambil sempena pejabat ini, Pejabat ini mempunyai menara jam di tengahnya. Pembinaan pejabat ini menandakan bermulanya struktur pentadbiran baru di bawah British. Pejabat ini menempatkan:

  1. Pejabat Daerah
  2. Pejabat Khazanah Besar (Perbendaharaan)
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan
  4. Jabatan Pesuruhjaya Keadilan
  5. Pejabat Agama
  6. Pejabat Kerjaraya
  7. Pejabat Tanaman (Pertanian)

Fungsi pejabat ini digantikan dengan pembinaan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang baru di Bukit Pak Apil. Seterusnya, selepas pembinaan Wisma Negeri siap, kebanyakan pejabat berpindah ke Wisma Negeri, yang terletak berhadapan dengan tapak asal Pejabat Jam Besar.

Kini, fungsi pejabat ini digantikan dengan Wisma Darul Iman, yang dibina di tapak yang sama dengan tapak pejabat ini dahulu.


GAMBAR

 

 

 

 


Rujukan:

  1. Sejarah Darul Iman, (MISBAHA)