Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk

Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk (اتقان الملك بتعديل السلك) adalah Undang-undang Bagi Diri (undang-undang tubuh) Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang disusun dan diwujudkan semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Undang-undang ini diwujudkan untuk mengekang pengaruh British disamping suatu pengisytiharan bahawa Terengganu merupakan negeri Melayu Islam Merdeka dan Berkerajaan Sendiri. Undang-undang ini mengandungi 53 fasal, Read more about Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk[…]

Istana Hijau

Istana Hijau merupakan istana Sultan Terengganu yang dibina oleh Baginda Sultan Umar pada tahun 1865M. Istana ini didirikan di tapak Istana Maziah sekarang dan dibina pada tapak Istana Sultan Mansur II. Istana ini setinggi 2 tingkat dengan tinggi menara setinggi 5 tingkat. ISTANA TERBAKAR Peristiwa Api Pecah Gedung yang berlaku semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Read more about Istana Hijau[…]

Gugusan Perkampungan Losong

Losong merupakan satu gugusan perkampungan Melayu yang terbesar di Terengganu dengan gabungan beberapa buah kampung membentuk satu kawasan kelompok petempatan yang terkenal. ASAL USUL LOSONG Menurut beberapa kajian yang menemuramah cicit kepada Losong iaitu Tuan Haji Wan Nawang bin Haji Abdullah, Losong merupakan seorang perempuan yang berbangsa Bugis yang telah melarikan diri meninggalkan kampung kerana Read more about Gugusan Perkampungan Losong[…]

Datuk Paduka Diraja Wan Abdul Rahman

Datuk Paduka Diraja Wan Abdul Rahman merupakan seorang pahlawan yang hidup pada zaman sebelum pemerintahan Kesultanan Melayu Terengganu. Pada ketika itu, Terengganu diperintah oleh wakil dari Johor, Bendahara Padang Saujana Tun Habib Bin Abdul Majid. Beliau dikatakan berasal dari Kemboja dan menjadi pahlawan yang disegani di dalam Kesultanan Melayu Johor. PANGKAT DAN KEBESARAN Pada mulanya Read more about Datuk Paduka Diraja Wan Abdul Rahman[…]

Dataran Paya Bunga

  Dataran Paya Bunga merupakan satu projek besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Bangunan ini terletak di Jalan Tengku Embong Fatimah, bersebelahan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Plaza Paya Bunga dan berhadapan tapak Hentian Bas Jalan Banggol (Hentian Bas Lama Kuala Terengganu). Projek ini dimulakan pada 27 Februari 2008. Dengan keluasan lantai Read more about Dataran Paya Bunga[…]

Dalam Kota

Dalam Kota merupakan kawasan kediaman kerabat diraja Kesultanan Melayu Terengganu. Kawasan ini terletak di belakang Istana Maziah. Dalam Kota juga menempatkan beberapa binaan lama rumah tradisional Terengganu yang pernah menjadi sebahagian daripada bangunan istana. Istana Raja Kecil yang terkenal dengan keunikan binaannya terletak di dalam kawasan ini,

Bunga Emas

Bunga Emas merupakan satu tanda hubungan di antara Siam dan Terengganu. Istiadat ini bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Mansur I dan menjadi satu budaya di kalangan masyarat Terengganu. Namun, Bunga Emas disalaherti daripada Siam yang menganggap bahawa ia adalah ufti dan menyatakan Terengganu merupakan jajahan takluknya. Hal ini dijawab dengan pintar oleh Sultan Zainal Abidin Read more about Bunga Emas[…]

Bukit Keledang

  Kota Lama Bukit Keledang merupakan kawasan sejarah yang amat penting di dalam pensejarahan Kesultanan Melayu Terengganu, Bukit ini pernah didirikan istana pemerintahan baginda Sultan Zainal Abidin I setelah berpindah daripada Hulu Terengganu. Bukit ini kaya dengan hasil sejarah dan artifak, terutamanya makam-makam lama. Baginda Sultan Zainal Abidin I juga dimakamkan di sini beserta dengan Read more about Bukit Keledang[…]

Bah Merah

Bah Merah merupakan banjir besar yang melanda negeri-negeri di Tanah Melayu, tidak terkecuali, negeri Terengganu ketika itu. Dikatakan banjir seburuk ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu mahupun sejarah Terengganu sendiri. Banjir ini berlaku pada tahun 1926.Banjir ini mendapat namanya kerana air banjir berkenaan berwarna merah, dipercayai daripada akar-akar kayu dan selut yang dihanyutkan dari Read more about Bah Merah[…]

Bagas Beracun (Bakas Beracun)

Bagas Racun (juga dikenali sebagai Bakas Racun) merupakan seekor ayam sabung  Long Jaafar, pemerintah Kelantan untuk bersabung dengan ayam panglima Bugis yang kebetulan berada di Terengganu. LATAR CERITA Long Yunus dan Long Jaafar datang ke Terengganu dan menghadap Yang Dipertuan Terengganu (Sultan Mansur I) untuk membawa hal menyabung ayam. Yang Dipertuan Terengganu menyerahkan hal berkenaan Read more about Bagas Beracun (Bakas Beracun)[…]