Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wp-pagenavi domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the login-customizer domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114
Gugusan Perkampungan Losong – Ganupedia

Gugusan Perkampungan Losong


Losong merupakan satu gugusan perkampungan Melayu yang terbesar di Terengganu dengan gabungan beberapa buah kampung membentuk satu kawasan kelompok petempatan yang terkenal.


ASAL USUL LOSONG

Menurut beberapa kajian yang menemuramah cicit kepada Losong iaitu Tuan Haji Wan Nawang bin Haji Abdullah, Losong merupakan seorang perempuan yang berbangsa Bugis yang telah melarikan diri meninggalkan kampung kerana kalah di dalam peperangan di negerinya. Mereka kemudiannya berlayar ke Terengganu dan membuka petempatan yang akhirnya diberi nama sebagai Losong.

Peristiwa ini berlaku kira-kira 400 tahun yang lalu. Kebanyakan penduduk asal Losong merupakan keturunan Losong.


PECAHAN KAMPUNG LOSONG

Terdapat beberapa pecahan Kampung Losong iaitu:

  1. Kampung Losong Haji Su
  2. Kampung Losong Masjid
  3. Kampung Losong Haji Awang
  4. Kampung Losong Megat Husin
  5. Kampung Losong Panglima Perang / Losong Tepah
  6. Kampung Losong Atap Zin
  7. Kampung Losong Dato’ Amar
  8. Kampung Losong Feri
  9. Kampung Losong Haji Mat Shafie
  10. Kampung Losong Tangki Air
  11. Kampung Losong Lebai Salleh


KAMPUNG SEKITAR

Antara beberapa kawasan yang membantu terhadap kegiatan ekonomi dan kebudayaan bagi Gugusan Perkampungan Losong adalah:

  1. Chabang Tiga
  2. Kubang Buyong
  3. Hiliran
  4. Pulau Kambing
  5. Paloh
  6. Pulau Rusa
  7. Pulau Sekati


TEMPAT MENARIK

Losong merupakan pusat perlancongan berasaskan makanan yang terkenal di seluruh Malaysia. Penjenamaan Losong sebagai jenama makanan tradisi Terengganu iaitu keropok lekor membuatkan nama Losong “dijaja” untuk meyakinkan pembeli mengenai kualiti dan rasa.

Perkampungan Keropok Losong terletak di Kampung Losong Haji Su merupakan pusat pelancongan negeri Terengganu. Di kampung berkenaan juga terletak Rumah Haji Su yang merupakan rumah tradisi Limas Potong Belanda dan Bujang Berpeleh.

Pulau Wan Man juga teletak di utara Losong di sempadan Sungai Terengganu menempatkan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Di sebelah barat Losong juga terletak Kompleks Muzium Negeri Terengganu di kawasan Bukit Losong yang merupakan muzium terbesar di Malaysia

 


Rujukan:

Perpustakaan, Lembaga Muzium Negeri Terengganu