Bagas Beracun (Bakas Beracun)

Bagas Racun (juga dikenali sebagai Bakas Racun) merupakan seekor ayam sabungĀ  Long Jaafar, pemerintah Kelantan untuk bersabung dengan ayam panglima Bugis yang kebetulan berada di Terengganu.


LATAR CERITA

Long Yunus dan Long Jaafar datang ke Terengganu dan menghadap Yang Dipertuan Terengganu (Sultan Mansur I) untuk membawa hal menyabung ayam. Yang Dipertuan Terengganu menyerahkan hal berkenaan kepada mereka dan mereka membawa ayam berkenaan ke Seberang Takir. Pertaruhan mereka adalah Utara Terengganu dari Tanjung Kuala Terengganu ke Kuala Setiu dari pihak Long Yunus dan Long Jaafar manakala bagi pihak panglima Bugis mempertaruhkan tujuh jong dan muatannya.

Pertaruhan ini dimenangi oleh Long Jaafar dan Long Yunus dan panglima Bugis kembali ke Pahang sehelai sepinggang berbekalkan beras sahaja. Long Jaafar dan Long Yunus kekal berada di Terengganu selama lima bulan selepas itu. Keberangkatan pulang mereka diiringi oleh 100 orang hulubalang.

Sebahagian daripada cerita ini dipercayai benar berkenaan perihal menyabung ayam tetapi perihal pertaruhan sabungan adalah diragui kebenarannya.