Pergolakan Riau

Sultan Mansur I, Sultan Terengganu Darul Iman yang kedua, terlibat secara terus dengan Pergolakan Riau. Ini berpunca daripada campurtangan orang Bugis di Riau yang menyebabkan baginda bimbang mengenai kuasa orang Melayu Riau yang semakin berkurangan. Ketika baginda berada di Riau selama dua tahun dari 1740M hingga 1742M baginda memerhati dengan cemas bagaimana orang Bugis banyak menguasai jawatan kerajaan Riau.


PUNCA

Keadaan ini berpunca daripada Sultan Sulaiman Riau meminta bantuan Pahlawan Bugis Lima Beradik iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk menentang Raja Kechik Riau yang mendakwa dirinya adalah putera Marhum Mangkat Dijulang dan berjaya menawan balik Riau dengan bantuan orang Bugis.

Setelah Sultan Sulaiman berjaya mendapatkan balik takhta dan jajahan takluk baginda pada 4 Oktober 1927M, baginda telah menyempurnakan janji baginda dengan melantik Upu Daeng Merewah sebagai Yang Dipertuan Muda Pertama dengan gelaran Kelana Jaya Putra dan Daeng Menampuk digelar dengan gelaran Raja Tua. Gelaran Yang Dipertuan Muda pula telah ditetapkan hendaklah dilantik dari kalangan orang Bugis juga.


ADUAN ORANG MELAYU

Sepanjang kehadiran Sultan Mansur I di Riau, baginda menerima aduan daripada orang Melayu Riau mengenai persengketaan dan pentadbiran Riau, tetapi baginda amat sukar untuk menyelesaikannya. Ayahanda mertua baginda iaitu Sultan Sulaiman pula sangat bersetuju dan menyebelahi perbuatan Yang Dipertuan Muda kerana mengenangkan jasanya dan kebaktiannya dalam menghadapi musuh dan ancaman di dalam negeri.

Sehingga 1746M, baginda berusaha untuk mengurangkan kuasa Bugis di dalam pemerintahan Riau dengan pelbagai cara dan kaedah.


Rujukan:

  1. MISBAHA, Sejarah Darul Iman