Pada Ogos 1760, Sultan Sulaiman, pemerintah Riau telah mangkat dan digantikan dengan Sultan Abdul Jalil Mu’azam Shah Raja Di Baruh. Baginda telah dibawa oleh Daeng Kemboja ke Selangor dan telah mangkat secara tiba-tiba dalam bulan Januari 1761. Begitu juga putera baginda Tengku Ahmad yang berusia sembilan tahun. Kejadian ini menyebabkan orang Melayu Riau menuduh Daeng Kemboja meracun baginda. Tetapi Daeng Kemboja tidak menghiraukan tuduhan berkenaan dan melantik Tengku Mahmud yang berusia setahun sebagai sultan dan beliau sendiri menjadi pemangku.
KETERLIBATAN TERENGGANU
Orang Melayu Riau mengemukakan nama Tengku Abdul Kadir, adik kepada Marhum Sultan Abdul Jalil sebagai pengganti. Tindakan itu menyebabkan Daeng Kemboja melengkapkan seluruh bala tenteranya yang bersenjata. Orang Melayu Riau menyampaikan berita dan memohon bantuan daripada Sultan Mansur I tetapi baginda enggan memberikan bantuan kerana tidak mahu lagi masuk campur dalam urusan Riau.
Sultan Ismail Siak sendiri datang ke Terengganu dan cuba memujuk Sultan Mansur I, tetapi baginda kekal dengan pendirian baginda.Pergolakan Pasca Kemangkatan Sultan Sulaiman Riau