Kampung Dalam Bata

Kampung Dalam Bata terletak bersebelahan dengan Istana Maziah, Kuala Terengganu. Kampung ini mendapat namanya kerana kampung ini dikelilingi oleh tembok batu bata, yang memisahkan kawasan kampung ini dengan kampung lainnya. Kampung ini menjadi tempat kediaman keluarga dan pekerja istana serta kerabat diraja memandangkan kedudukannya yang bersebelahan dengan Istana Maziah.

Kampung ini disebut dalam peristiwa Tok Kaya Mengamuk yang terkenal dalam sejarah Terengganu. Kini, kawasan kampung berkenaan tidak lagi wujud dan digantikan dengan bangunan perniagaaan.