Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wp-pagenavi domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the login-customizer domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114
Kampung Keling (Kampung Dato Mata-mata / Kampung Panglima) – Ganupedia

Kampung Keling (Kampung Dato Mata-mata / Kampung Panglima)

Kg Keling merupakan kampung tradisi yang terletak di lereng Bukit Puteri dan Pasar Besar Kedai Payang. Menganjur sepanjang Jalan Sultan Zainal Abidin, bersebelahan Pejabat Pos Besar Terengganu sehingga hadapan Pasar Besar Kedai Payang, Kg Keling merupakan kampung yang unik kerana kebanyakannya dibina menggunakan mortar dan batu-bata yang menyerupai struktur bangunan di Jalan Bandar (Kampung Cina) dengan senibina Melayu yang hampir sama dengan rekabentuk Kota Lama Duyong.

Kampung ini dirobohkan pada tahun 1985 untuk memberi laluan kepada pembinaan Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu yang juga melibatkan pembinaan struktur ke puncak Bukit Puteri. Sebahagian lagi kampung ini dijadikan kawasan letak kenderaan di hadapan Pasar Besar Kedai Payang. Kini kawasan berkenaan telah digantikan dengan pembinaan Bazaar Warisan.

Struktur bangunan di sini yang unik disebabkan kampung ini merupakan kawasan penempatan bangsawan Terengganu sehingga zaman Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1918). Kampung ini dianugerahkan kepada Dato Mata Mata pertama Terengganu yang merupakan menteri ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad I (1808 – 1830). Antara sekolah Melayu terawal ditubuhkan di Terengganu adalah Sekolah Melayu Kampung Keling.


GAMBAR