Lubuk Mandi

Lubuk Mandi merupakan satu kawasan lembah yang terletak di Mukim Rusila, Marang. Kawasan ini merupakan kawasan yang terdiri daripada tanah bukit dan paya serta dikelilingi oleh bukit bukau yang membentuk perbukitan Chendering dan Bukit Kor.

PERISTIWA

Kawasan Lubuk Mandi menjadi terkenal setelah emas ditemui di kawasan ini. Peristiwa ini dikenali sebagai Demam Emas di kalangan rakyat Terengganu. Namun, setelah beberapa kejadian yang membawa maut dan halangan Kerajaan Negeri Terengganu yang menutup kawasan ini kerana berbahaya, Lubuk Mandi kini terbiar dengan hanya sedikit kegiatan carigali ataupun kegiatan hutan dilakukan oleh penduduk setempat.


Rujukan:

  1. Muzium Negeri Terengganu
  2. Tragedi Lubuk Mandi – Mohamed Jusoh