Kampung Ladang Tok Pelam
Kampung Ladang Tok Pelam terletak berhampiran dengan Bulatan Ladang, di barat Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang. Kampung ini dahulunya menempatkan pusat pembuatan tembaga tradisional Melayu Terengganu. Kampung ini telah wujud sekitar 1800. Kampung ini dirobohkan pada tahun 2011 setelah pengambilalihan tanah wakaf dilakukan yang menyaksikan tanah ini bertukar milik kepada Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Read more about Kampung Ladang Tok Pelam[…]