Pemberontakan ini berlaku diantara 1808M hingga 1826M setelah Lebai Saris (Lebai Saras), keluarga dan pengikutnya melarikan diri dari Patani ke Terengganu setelah kalah dalam perperangan menetang Siam. Beliau kemudiannya menyusur pantai Terengganu sebelum mudik ke Kemaman dan mudik ke hulu. Setibanya ke Kampung Nyior beliau memulakan hidup baru.
PENENTANGAN
Dengan usaha beliau, kawasan Kemaman berjaya dimajukan dengan hasil tanaman dan padi yang banyak. Ini menyebabkan beliau dipandang sebagai seorang yang berpengaruh. Pengaruh beliau berkembang sehingga ke Bandar Cukai dan beliau memperolehi ramai pengikut.
Keadaan ini menyebabkan beliau enggan mematuhi arahan dari sultan di Kuala Terengganu. Beliau juga menggubal undang-undang sendiri dan menganggap Kemaman sebagai wilayah yang bebas daripada mana-mana kerajaan termasuklah Terengganu. Dengan bantuan anak beliau, Encik Bakar, pengaruhnya semakin berkembang dan mampu membina tentera untuk menentang Terengganu.
Sultan Ahmad I memerintahkan Engku Kembal untuk menghalang pemberontakan Lebai Saris. Mula-mula Engku Kembal tidak berjaya menahan tentangan Lebai Saris, namun dengan tipu muslihat, akhirnya Lebai Saris dan anaknya berjaya ditawan. Akhirnya mereka berdua berjaya ditawan dan dihukum sula sehingga mati dengan sula nipah.
PERINGATAN
Nama Lebai Saris diabadikan pada sebatang jalan di Bandar Cukai, Kemaman.
Rujukan:
- Sejarah Darul Iman, MISBAHA