Istana Hijau merupakan istana Sultan Terengganu yang dibina oleh Baginda Sultan Umar pada tahun 1865M. Istana ini didirikan di tapak Istana Maziah sekarang dan dibina pada tapak Istana Sultan Mansur II. Istana ini setinggi 2 tingkat dengan tinggi menara setinggi 5 tingkat.
ISTANA TERBAKAR
Peristiwa Api Pecah Gedung yang berlaku semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1300H (1882M) memusnahkan Istana Hijau. Kemudiannya Istana Maziah didirikan di tapak asal Istana Hijau.
GAMBAR
Rujukan:
- Sejarah Darul Iman, MISBAHA