Gugusan Perkampungan Losong

Losong merupakan satu gugusan perkampungan Melayu yang terbesar di Terengganu dengan gabungan beberapa buah kampung membentuk satu kawasan kelompok petempatan yang terkenal. ASAL USUL LOSONG Menurut beberapa kajian yang menemuramah cicit kepada Losong iaitu Tuan Haji Wan Nawang bin Haji Abdullah, Losong merupakan seorang perempuan yang berbangsa Bugis yang telah melarikan diri meninggalkan kampung kerana Read more about Gugusan Perkampungan Losong[…]

Dataran Paya Bunga

  Dataran Paya Bunga merupakan satu projek besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Bangunan ini terletak di Jalan Tengku Embong Fatimah, bersebelahan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Plaza Paya Bunga dan berhadapan tapak Hentian Bas Jalan Banggol (Hentian Bas Lama Kuala Terengganu). Projek ini dimulakan pada 27 Februari 2008. Dengan keluasan lantai Read more about Dataran Paya Bunga[…]

Dalam Kota

Dalam Kota merupakan kawasan kediaman kerabat diraja Kesultanan Melayu Terengganu. Kawasan ini terletak di belakang Istana Maziah. Dalam Kota juga menempatkan beberapa binaan lama rumah tradisional Terengganu yang pernah menjadi sebahagian daripada bangunan istana. Istana Raja Kecil yang terkenal dengan keunikan binaannya terletak di dalam kawasan ini,

Bukit Keledang

  Kota Lama Bukit Keledang merupakan kawasan sejarah yang amat penting di dalam pensejarahan Kesultanan Melayu Terengganu, Bukit ini pernah didirikan istana pemerintahan baginda Sultan Zainal Abidin I setelah berpindah daripada Hulu Terengganu. Bukit ini kaya dengan hasil sejarah dan artifak, terutamanya makam-makam lama. Baginda Sultan Zainal Abidin I juga dimakamkan di sini beserta dengan Read more about Bukit Keledang[…]

Kampung Petani (Jalan Petani)

[huge_it_maps id=”2″] Kampung Petani merupakan kampung yang terletak di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Kampung ini diberi nama sempena penduduk asal pengikut Sultan Zainal Abidin I dari Pattani, Selatan Thailand. Kini, terdapat nama jalan yang diberi nama sempena kampung berkenaan, dikenali sebagai Jalan Petani. SEJARAH Sultan Zainal Abidin I mempunyai pengikut daripada Pattani, Selatan Thailand ke Read more about Kampung Petani (Jalan Petani)[…]

Bandaraya Kuala Terengganu

Sempadan pengaruh perbandaran Kuala Terengganu Bandaraya Kuala Terengganu merupakan ibu negeri dan bandar diraja bagi negeri Terengganu Darul Iman. Bandar ini menempatkan kompleks kerajaan dan pentadbiran bagi negeri Terengganu. Asas kepada pembangunan bandar ini menganjur dari bahagian bandar lama Kuala Terengganu, daripada Kedai Binjai (Hotel Seri Malaysia kini) sehingga ke Ladang Sihat (di Bulatan Ladang). Read more about Bandaraya Kuala Terengganu[…]