Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wp-pagenavi domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the login-customizer domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/iulamatr/public_html/ganupedia/wp-includes/functions.php on line 6114
Kampung Petani (Jalan Petani) – Ganupedia

Kampung Petani (Jalan Petani)

Kampung Petani merupakan kampung yang terletak di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Kampung ini diberi nama sempena penduduk asal pengikut Sultan Zainal Abidin I dari Pattani, Selatan Thailand. Kini, terdapat nama jalan yang diberi nama sempena kampung berkenaan, dikenali sebagai Jalan Petani.


SEJARAH

Sultan Zainal Abidin I mempunyai pengikut daripada Pattani, Selatan Thailand ke Terengganu. Mereka sentiasa mengikut ke mana sahaja baginda bersemayam. Setelah baginda mendirikan istana di Bukit Keledang, mereka menjadikan kawasan ini sebagai petempatan mereka dan berkembang. Kini, kawasan kampung sudah tidak wujud dan digantikan dengan bangunan perniagaan setelah perkembangan perbandaran Kuala Terengganu.


RUJUKAN


 

  1. Sejarah Darul Iman (MISBAHA)