Dataran Paya Bunga

 

Dataran Paya Bunga merupakan satu projek besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Bangunan ini terletak di Jalan Tengku Embong Fatimah, bersebelahan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Plaza Paya Bunga dan berhadapan tapak Hentian Bas Jalan Banggol (Hentian Bas Lama Kuala Terengganu).

Projek ini dimulakan pada 27 Februari 2008. Dengan keluasan lantai 9, 733 meter persegi, bangunan ini dibina di atas tanah PT 3133 K dan 4785 yang dimiliki oleh PMINT. Bangunan ini diuruskan dan dimiliki sepenuhnya oleh PMINT.

Bangunan ini menerapkan unsur senibina tradisional Terengganu dengan bentuk rumah limas bungkus dan seniukir serta hiasan tradisi Terengganu. Namun, terdapat kritikan mengenai nisbah ukiran yang kurang tepat menyebabkan hiasan berkenaan tampak janggal pada pandangan ahli seniman yang mahir dalam bidang berkenaan.

Bangunan ini telah memulakan perniagaannya pada 1 Disember 2014


GAMBAR

 

 

 

 


Rujukan:

Laman Rasmi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)