Kampung Masjid Putih (Kampung Masjid)

Kampung Masjid Putih, terletak di sisi timur Masjid Abidin yang dijadikan bangunan kelas agama sekarang. Kampung ini dahulunya terletak di seberang Jalan Masjid dan merupakan antara kampung yang paling dekat dengan Masjid Abidin. Kampung ini dianggap unik kerana menghadap pintu masuk gerbang utama Masjid Abidin pada masa dahulu. Kini, kampung ini tidak lagi wujud dengan sebahagiannya dijadikan bangunan kelas agama Masjid Abidin dan tempat letak kenderaan serta bangunan perniagaan.