Paya Keladi
Paya Keladi merupakan kawasan paya yang terletak di barat Masjid Abidin, memisahkan kawasan Dalam Kota, Kampung Keling dan Kampung Cina. Kawasan ini kini dibangunkan sebagai pusat perniagaan, dikenali sebagai Pusat Niaga Paya Keladi
Paya Keladi merupakan kawasan paya yang terletak di barat Masjid Abidin, memisahkan kawasan Dalam Kota, Kampung Keling dan Kampung Cina. Kawasan ini kini dibangunkan sebagai pusat perniagaan, dikenali sebagai Pusat Niaga Paya Keladi
Pantai Teluk merupakan kawasan gigi air yang menganjur daripada Kampung Keling sehingga Kampung Tanjung Surau Pasir. Kini, kawasan berkenaan dikenali Benteng Shahbandar.
Kampung Tiong terletak di belakang Kampung Cina, merupakan kampung tradisi Terengganu dengan campuran penduduknya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina Terengganu. Kampung ini juga menempatkan bangunan gudang beras yang terkenal. Kini, kampung ini dirobohkan untuk dibangunkan pusat perniagaan.
Kampung Tanjung Surau Pasir terletak di tebing muara sungai Terengganu. Kampung ini mendapat namanya daripada surau kariah kampung ini yang dibina di atas tebing pasir yang menghadap laut. Surau ini terselamat daripada air pasang besar dan juga hakisan. Kini, kawasan berkenaan dirobohkan sebagai sebahagian daripada projek Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).
Kampung Tanjung Surau Besar merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Jati. Kampung ini mendapat namanya daripada surau besar yang dijadikan pusat kegiatan kariah kampung berkenaan. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.
Kampung Tanjung Paya merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak di sempadan kiri Jalan Sultan Zainal Abidin, arah Istana Maziah. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.
Kampung Tanjung Jati merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan Kompleks Taman Selera Tanjung. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.
Kampung Tanjung Kapur merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan Hotel Grand Contiental arah selatan. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.
Kampung Tanjung Haji Mat Taukey merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan Hotel Grand Continental. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.
Kampung Tanjung Batu Satu merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Kapur. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.