Batu Penyu

Batu Penyu merupakan satu struktur semula jadi yang terletak di puncak Bukit Che Hawa, Rantau Abang di dalam daerah Dungun. Batu ini terkenal di kalangan penduduk setempat kerana mempunyai lagendanya tersendiri. Batu ini terletak di ketinggian 42 meter dari paras laut.

Terdapat kemudahan wakaf, tempat letak kenderaan dan ruang kegiatan luar disediakan untuk pengunjung. Pemandangan sekitarnya juga menarik yang mana menghadap pesisir Pantai Rantau Abang.


Rujukan:

  1. Muzium Negeri Terengganu.