Kampung Buluh

Kampung Buluh merupakan satu kampung tradisional Melayu yang terletak di Hulu Terengganu. Kampung ini terletak 700 meter dari Kuala Berang dan 40 km dari Kuala Terengganu. Kampung ini dihubungkan dengan laluan negeri T174 yang menghubungkan Kuala Berang di Persimpangan MDHT hingga ke Kampung Dusun.

 

ASAL USUL

Masjid Kampung Buluh.

Kampung ini mendapat namanya apabila petempatan yang dibuka di kawasan ini terdapat satu kawasan semak dan tanah kosong di tengah-tengah kawasan kampung, dikelilingi oleh petempatan penduduk. Kawasan berkenaan berada agak rendah daripada sekelilingnya. Apabila musim banjir, kawasan sekeliling petempatan berkenaan dinaiki air dan kawasan semak juga dinaiki air, membentuk satu daratan yang berbentuk cincin yang tidak ditenggelami air yang mana merupakan kawasan perumahan penduduk.

Keadaan petempatan ini menyerupai bentuk rumpun buluh dan kampung ini dinamakan sempena bentuk berkenaan.

 

SEJARAH

Di satu bahagian di Kampung Buluh yang dikenali sebagai Kampung Teluk Darat, terdapat sebuah tapak perkuburan dan tapak surau yang dahulunya dikenali sebagai Surau Tok Ki Rashid. Beliau merupakan seorang penduduk kampung biasa tetapi telah ditimpa musibah apabila dahan pohon yang patah telah mengenai kepala beliau ketika sedang bekerja.

Jenazah beliau ditemui oleh penduduk kampung dan mereka terkejut mendapati darah beliau berwarna putih dan pekat seperti santan kelapa. Oleh itu, penduduk telah mengebumikan beliau di tanah perkuburan dan kubur berkenaan telah dijadikan tempat untuk membayar nazar sehinggalah kesedaran mengenai agama Islam sebenar tersebar di kalangan penduduk kampung berkenaan.

Di lembah sungai yang kering yang dikenali sebagai lembah Sungai Tara, tidak jauh daripada Surau Tok Ki Rashid dan kubur beliau merupakan tempat yang dikenali sebagai Tanah Batu. Tempat ini merupakan tempat penemuan Batu Bersurat Piagam Terengganu yang mana dijadikan sebagai batu alas basuh kaki di surau berkenaan setelah ditemui. Semasa lawatan Syed Husin Ghulam Al-Bukhari ke Hulu Terengganu, beliau telah menunaikan solat zohor di surau ini dan ketika inilah beliau telah menyedari tulisan di batu berkenaan.

 

KEMUDAHAN

Klinik Desa Kampung Buluh.

Kemudahan yang disediakan di kampung ini adalah:

  1. Dewan Orang Ramai.
  2. Balairaya
  3. Masjid
  4. Klinik Desa
  5. Kemudahan Rekreasi
  6. Kelas Agama

Rujukan:

Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Mat Yunus Bin Abdul Rahman, Teluk Darat Kampung Buluh.

Selamah Binti Ali, Kampung Nasi Dingin.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5109