Kampung Ladang Syeikh Ibrahim

Kampung Ladang Syeikh Ibrahim merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan dengan perkuburan islam Syeikh Ibrahim. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Ladang Sihat dan Kampung Ladang Hospital merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Ladang. Kampung ini menempatkan Makam Diraja Syeikh Ibrahim yang menempatkan beberapa makam ulama dan sultan-sultan Terengganu serta orang-orang besar Terengganu

Kampung Ladang Sihat

Kampung Ladang Sihat merupakan salah sebuah kampung tradisional Melayu yang masih wujud di Kuala Terengganu kini. Kampung ini terletak bersebelahan dengan Bulatan Ladang (Bulatan Batu Bersurat) di Kuala Terengganu. Kampung ini dahulunya merupakan pusat penternakan haiwan memandangkan ia bersempadan dengan kawasan lapang dan tanah paya. TEMPAT MENARIK Kedai Kopi Ladang yang menjadi antara kedai yang Read more about Kampung Ladang Sihat[…]

Kampung Ladang Sekolah

Kampung Ladang Sekolah merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Ladang. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Ladang. Aktiviti tradisinya pada satu ketika dahulu adalah sama seperti aktiviti kampung tradisional di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu, iaitu pembuatan. Kampung ini pernah menjadi pusat pengeluaran tembaga dan tekstil batik. Kini, sebahagian Read more about Kampung Ladang Sekolah[…]

Kampung Ladang Mengabang

Kampung Ladang Mengabang merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak di pertemuan alur anak sungai Ladang ke Pantai Batu Buruk. Istilah mengabang diambil daripada alur ini, yang membentuk muka bumi mengabang di laut. Kampung ini terlibat secara terus dengan pembangunan yang menyaksikan ianya dirobohkan untuk pembinaan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu – Muara Selatan.

Kampung Keling (Kampung Dato Mata-mata / Kampung Panglima)

Kg Keling merupakan kampung tradisi yang terletak di lereng Bukit Puteri dan Pasar Besar Kedai Payang. Menganjur sepanjang Jalan Sultan Zainal Abidin, bersebelahan Pejabat Pos Besar Terengganu sehingga hadapan Pasar Besar Kedai Payang, Kg Keling merupakan kampung yang unik kerana kebanyakannya dibina menggunakan mortar dan batu-bata yang menyerupai struktur bangunan di Jalan Bandar (Kampung Cina) Read more about Kampung Keling (Kampung Dato Mata-mata / Kampung Panglima)[…]

Kampung Dalam Bata

Kampung Dalam Bata terletak bersebelahan dengan Istana Maziah, Kuala Terengganu. Kampung ini mendapat namanya kerana kampung ini dikelilingi oleh tembok batu bata, yang memisahkan kawasan kampung ini dengan kampung lainnya. Kampung ini menjadi tempat kediaman keluarga dan pekerja istana serta kerabat diraja memandangkan kedudukannya yang bersebelahan dengan Istana Maziah. Kampung ini disebut dalam peristiwa Tok Read more about Kampung Dalam Bata[…]

Istana Hijau

Istana Hijau merupakan istana Sultan Terengganu yang dibina oleh Baginda Sultan Umar pada tahun 1865M. Istana ini didirikan di tapak Istana Maziah sekarang dan dibina pada tapak Istana Sultan Mansur II. Istana ini setinggi 2 tingkat dengan tinggi menara setinggi 5 tingkat. ISTANA TERBAKAR Peristiwa Api Pecah Gedung yang berlaku semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Read more about Istana Hijau[…]