Kampung Ladang Sihat merupakan salah sebuah kampung tradisional Melayu yang masih wujud di Kuala Terengganu kini. Kampung ini terletak bersebelahan dengan Bulatan Ladang (Bulatan Batu Bersurat) di Kuala Terengganu. Kampung ini dahulunya merupakan pusat penternakan haiwan memandangkan ia bersempadan dengan kawasan lapang dan tanah paya.
TEMPAT MENARIK
Kedai Kopi Ladang yang menjadi antara kedai yang mengekalkan susunatur dan suasana tradisi kampung menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merasai suasana hingar-bingar dan makanan tradisi Terengganu.