Kampung Tanjung Surau Besar merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Jati. Kampung ini mendapat namanya daripada surau besar yang dijadikan pusat kegiatan kariah kampung berkenaan. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Tanjung.