Api Pecah Gedung

Api Pecah Gedung merupakan satu kebakaran besar yang berlaku di Kuala Terengganu pada 1300H (1882M). Kebakaran besar ini berlaku kira-kira setahun setelah Sultan Zainal Abidin III dilantik menjadi Sultan Terengganu. Api Pecah Gedung mendapat namanya kerana banyak gedung-gedung ubat bedil dan Istana Hijau menjadi mangsanya. Kira-kira 1, 600 buah rumah musnah dijilat api.


BANTUAN

Singapura menghantar bantuan sebanyak 2, 000 ringgit kepada Terengganu untuk pemulihan akibat kebakaran. Siam juga memberikan bantuan dengan jumlah yang sama. Baginda sendiri memberikan bantuan pakaian kepada pembesar dan kerabat diraja.