Bandar Marang

Sempadan pengaruh perbandaran Marang

Bandar Marang merupakan ibu daerah kepada daerah Marang. Bandar ini menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dan juga institusi Kerajaan Persekutuan. Bandar ini merupakan bandar pelancongan dan menjadi tempat persinggahan untuk ke Pulau Kapas.

Pinggir utara bandar ini adalah Kampung Rhu Rendang, pinggir selatan bandar ini adalah di Kampung Seberang Marang manakala pinggir barat bandar ini adalah Kampung Gong Nangka. Bahagian timur bandar ini pula adalah Laut China Selatan.

ETIMOLOGI

Marang boleh merujuk kepada daerah dan juga bandar yang menjadi ibu daerahnya. Nama Marang dipercayai daripada nama seorang yang berbangsa Cina iaitu “Ma” yang memiliki tempat menjemur ikan kering beliau. Dalam sebutan penduduk tempatan, tempat menjemur ikan disebut sebagai “rang”. Oleh itu perkataan “Ma-rang” wujud untuk merujuk kepada “rang” yang dimiliki oleh “Ma”.

PENDUDUK, ISIRUMAH DAN PECAHAN ETNIK

Menurut Majlis Daerah Marang, penduduk di Bandar Marang berjumlah 4, 492 orang.

Daripada jumlah berkenaan, mengikut pecahan etnik:

Melayu: 4, 432 orang.
Bumiputera Lain: Tiada.
Cina: 133 orang.
India: 1 orang.
Lain-lain: 26 orang.

PENGURUSAN PEMBANDARAN

Fungsi Marang sebagai sebuah daerah dapat dijejaki seawal pemerintahan Baginda Omar apabila baginda melantik pembesar-pembesar untuk mentadbir lembangan sungai.

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pula, Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad telah diberi kuasa untuk menjaga kawasan Sungai Marang. Kawasan Sungai Merchang pula diberi kepada Tengku Putra yang diwakili isterinya. Mereka betanggungjawab mentadbir dan mengutip hasil.

Pada tahun 1912, sistem pentadbiran berkenaan telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang mana merangkumi kedua-dua lembangan Sungai Marang dan Sungai Merchang dengan Bandar Marang sebagai pusat pentadbiran.

Kini Marang diuruskan oleh Majlis Daerah Marang.

 

MUKABUMI

Mukabumi Marang adalah dataran pantai sempit dengan perbukitan rendah beralun.

TEMPAT MENARIK

Antara tempat menarik di Marang adalah:

  1. Pulau Kapas.
  2. Pantai Kelulut.
  3. Hutan Lipur Jambu Bongkok.
  4. Esplanade Marang.

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

Antara kemudahan pengangkutan yang tersedia di Marang adalah:

  1. Jeti Marang.

JARINGAN JALANRAYA

Marang dihubungkan dengan wilayah lain di dalam Semenanjung Malaysia melalui jaringan jalanraya:

  1. Jalanraya Persekutuan FT 3: Kuantan dan Kota Bharu.
  2. Jalanraya Negeri T2: Marang – Wakaf Tapai.

Sumber:

  1. Majlis Daerah Marang.
  2. Pejabat Tanah dan Daerah Marang.