Setiu (Daerah)

Peta daerah Setiu dengan pecahan mukim.

Setiu merupakan salah sebuah daerah di Terengganu. Daerah ini diuruskan oleh Majlis Daerah Setiu (MDS).

LAMBANG DAERAH

Bendera Setiu menggunakan warna koko yang melambangkan pengembelingan tenaga rakyat untuk pembangunan dan petempatan.

Bendera daerah Setiu

SEJARAH

Nama Setiu muncul daripada tokoh tempatan iaitu Tok Setiu. Beliau merupakan pahlawan Bugis yang terlibat dalam perperangan antara Belanda dan Bugis sekitar 1770. Setelah Bugis kalah kepada Belanda, beliau telah meninggalkan wilayah Bugis dan ke Terengganu untuk memohon perlindungan dan petempatan baharu. Sultan Terengganu iaitu Sultan Ahmad II ketika itu memberikan perkenan baginda. Baginda meminta beliau memilih sendiri petempatan baharu untuk beliau dan pengikut beliau.

Setelah meninjau beberapa tempat, beliau telah memilih sebuah tempat dan tempat itu diberi nama Kampung Bukit Tok Setiu. Beliau membangunkan dan memajukan tempat berkenaan. Disebabkan kemahsyuran beliau, sungai utama di kawasan berkenaan diberi nama Sungai Setiu dan kuala sungai berkenaan diberi nama Kuala Setiu.

Daerah Setiu diwujudkan pada 1 Januari 1985 dengan sebahagian mukim daripada Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan dalam pentadbiran baru Setiu. Pinggir Kampung Buluh dipilih sebagai tapak ibu negeri dan pembangunan bandar baharu dan diberi nama Bandar Permaisuri.

Daerah ini menempatkan 1 Parlimen (Parlimen Setiu) dengan 2 Dewan Undangan Negeri – DUN (DUN Langkap dan DUN Permaisuri).

MUKIM

Terdapat tujuh mukim di daerah Setiu iaitu:

  1. Guntung
  2. Tasik
  3. Pantai
  4. Caluk
  5. Merang
  6. Hulu Setiu
  7. Hulu Nerus

Rujukan:

  1. Sejarah Darul Iman, MISBAHA
  2. Muzium Negeri Terengganu
  3. Laman Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Setiu

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5107