Mengabang

Mengabang merupakan satu bentuk muka bumi yang terkenal di Terengganu. Bentuk mukabumi ini dijadikan nama tempat di Terengganu. Antaranya:

  1. Mengabang Telipot
  2. Mengabang Tengah
  3. Ladang Mengabang

Terdapat dua pendapat mengenai ciri-ciri mukabumi unik yang membentuk mengabang:

  1. Beting pasir pada anak sungai di pertemuan anak sungai dan laut. Beting pasir yang terbentuk ini membentuk satu mukabumi yang digelar Mengabang.
  2. Tanah di antara sungai yang mengalir selari dengan laut. Beting pasir atau kawasan tanah yang diapit oleh pantai dan sungai yang mengalir selari dengan laut juga digelar mengabang. Bentuk mukabumi ini dapat dilihat secara jelas di kawasan Hutan Simpan Rantau Abang apabila aliran sungai mengalir selari dengan garis pantai Rantau Abang (Pengkalan Rasau).

Rujukan:

Temuramah penduduk Kampung Ladang Mengabang, Kuala Terengganu.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5109