Tuk Pertanda

Tuk Pertanda merupakan pegawai yang menjadi ketua penjara sehingga pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Beliau berada di bawah tanggungjawab Datuk Panglima Dalam. Semua urusan di penjara adalah di bawah bidang kuasa Tuk Pertanda.

Antara tanggungjawab Tuk Pertanda adalah:

  1. Menyediakan kemudahan di penjara.
  2. Memerhatikan dan mengendalikan banduan.
  3. Melaksanakan hukuman.
  4. Memotong anggota pesalah berdasarkan hukuman.
  5. Menggantung pesalah berdasarkan hukuman.
  6. Memukul orang yang salah apabila diarak.

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5107