Su Yang merupakan pemuda cina yang dijatuhkan hukuman kerana membunuh saudara perempuannya akibat pertelingkahan berebut harta. Setelah didapati bersalah, beliau diarak mengelilingi bandar Kuala Terengganu sambil diiringi upacara memukul canang. Setelah itu, beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan dihukum gantung di kawasan sekitar Paya Bunga.
Peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.