Kampung Masjid Putih (Kampung Masjid)

Kampung Masjid Putih, terletak di sisi timur Masjid Abidin yang dijadikan bangunan kelas agama sekarang. Kampung ini dahulunya terletak di seberang Jalan Masjid dan merupakan antara kampung yang paling dekat dengan Masjid Abidin. Kampung ini dianggap unik kerana menghadap pintu masuk gerbang utama Masjid Abidin pada masa dahulu. Kini, kampung ini tidak lagi wujud dengan Read more about Kampung Masjid Putih (Kampung Masjid)[…]

Kampung Ladang Syeikh Ibrahim

Kampung Ladang Syeikh Ibrahim merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak bersebelahan dengan perkuburan islam Syeikh Ibrahim. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Ladang Sihat dan Kampung Ladang Hospital merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Ladang. Kampung ini menempatkan Makam Diraja Syeikh Ibrahim yang menempatkan beberapa makam ulama dan sultan-sultan Terengganu serta orang-orang besar Terengganu

Kampung Ladang Sihat

Kampung Ladang Sihat merupakan salah sebuah kampung tradisional Melayu yang masih wujud di Kuala Terengganu kini. Kampung ini terletak bersebelahan dengan Bulatan Ladang (Bulatan Batu Bersurat) di Kuala Terengganu. Kampung ini dahulunya merupakan pusat penternakan haiwan memandangkan ia bersempadan dengan kawasan lapang dan tanah paya. TEMPAT MENARIK Kedai Kopi Ladang yang menjadi antara kedai yang Read more about Kampung Ladang Sihat[…]

Kampung Ladang Sekolah

Kampung Ladang Sekolah merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Ladang. Kampung ini merupakan sebahagian daripada gugusan perkampungan Ladang. Aktiviti tradisinya pada satu ketika dahulu adalah sama seperti aktiviti kampung tradisional di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu, iaitu pembuatan. Kampung ini pernah menjadi pusat pengeluaran tembaga dan tekstil batik. Kini, sebahagian Read more about Kampung Ladang Sekolah[…]

Kampung Ladang Mengabang

Kampung Ladang Mengabang merupakan kampung tradisional Melayu Terengganu yang terletak di pertemuan alur anak sungai Ladang ke Pantai Batu Buruk. Istilah mengabang diambil daripada alur ini, yang membentuk muka bumi mengabang di laut. Kampung ini terlibat secara terus dengan pembangunan yang menyaksikan ianya dirobohkan untuk pembinaan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu – Muara Selatan.

Kampung Dalam Bata

Kampung Dalam Bata terletak bersebelahan dengan Istana Maziah, Kuala Terengganu. Kampung ini mendapat namanya kerana kampung ini dikelilingi oleh tembok batu bata, yang memisahkan kawasan kampung ini dengan kampung lainnya. Kampung ini menjadi tempat kediaman keluarga dan pekerja istana serta kerabat diraja memandangkan kedudukannya yang bersebelahan dengan Istana Maziah. Kampung ini disebut dalam peristiwa Tok Read more about Kampung Dalam Bata[…]

Dalam Kota

Dalam Kota merupakan kawasan kediaman kerabat diraja Kesultanan Melayu Terengganu. Kawasan ini terletak di belakang Istana Maziah. Dalam Kota juga menempatkan beberapa binaan lama rumah tradisional Terengganu yang pernah menjadi sebahagian daripada bangunan istana. Istana Raja Kecil yang terkenal dengan keunikan binaannya terletak di dalam kawasan ini,