Sultan Mansur I (Marhum Janggut)

Sultan Mansur I merupakan Sultan Terengganu yang kedua, memerintah di antara 1733 hingga 1794 Masihi. Baginda merupakan putera kepada Sultan Zainal Abidin I. Bonda baginda merupakan puteri kepada Syeikh Abdul Malik Bin Abdullah (Tok Ku Pulau Manis). Nama baginda sebelum menaiki takhta adalah Ku Tana Mansur. KEPUTERAAN Baginda diputerakan pada tahun 1138H (1725M) tetapi ada Read more about Sultan Mansur I (Marhum Janggut)[…]

Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Baginda merupakan Sultan Terengganu ke-16. Baginda telah diputerakan pada 29 April 1930 di bandar Kuala Terengganu. PENDIDIKAN AWAL Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kuala Terengganu dan di Sekolah Inggeris Crown Grammar, Kuala Terengganu. Baginda telah melanjutkan pelajaran ke England dari bulan Mei 1949 sehingga Disember 1950. Baginda sekali lagi ke England untuk Read more about Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah[…]

Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 dan bonda baginda adalah Chik Maimunah. Baginda mendapat pendidikan awal dengan bersekolah di Kuala Terengganu. Kemudiannya, baginda telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. MULA BERTUGAS Baginda berkhidmat di dalam jawatan awam di Kuala Terengganu pada tahun 1929 dan dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Kuala Terengganu Read more about Sultan Ismail Nasiruddin Shah[…]

Sultan Daud (Marhum Kampung Daik)

Sultan Daud merupakan sultan Terengganu yang keenam, memerintah pada tahun 1831M. Baginda menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah I. Baginda ditabalkan pada 1 Januari 1831M (17 Rejab 1246M). PERTABALAN Setelah Sultan Abdul Rahman mangkat, pembesar-pembesar negeri berbincang untuk melantik pengganti baginda. Ada pihak yang suka kepada Tengku Daud, putera Sultan Ahmad Shah I. Ada juga Read more about Sultan Daud (Marhum Kampung Daik)[…]

Sultan Ali

Baginda merupakan Sultan Terengganu ke-14, merupakan putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Baginda naik takhta semasa zaman penjajahan Jepun dan bersemayam di Kuala Terengganu juga. Baginda naik takhta pada bulan September 1942. Semasa pemerintahan baginda, Jepun menyerahkan Terengganu kepada Siam pada bulan Disember 1943. DITURUNKAN TAKHTA Pada September 1945, selepas Jepun menyerah kalah dan British Read more about Sultan Ali[…]

Sultan Ahmad Shah I (Marhum Parit)

Sultan Ahmad Shah I merupakan sultan Terengganu yang keempat, memerintah dari tahun 1808M – 1830M. Baginda merupakan putera Sultan Zainal Abidin II. Terdapat perselisihan pendapat mengenai tarikh perlantikan baginda. Ada yang mengatakan pada 1808M (1223H), ada pula berpendapat pada tahun 1812M (1227H). KISAH HIDUP Sebelum pertabalan baginda, semasa menjadi Raja Muda, baginda pernah merajuk dengan Read more about Sultan Ahmad Shah I (Marhum Parit)[…]

Sultan Ahmad II (Marhum Baharu)

Setelah kemangkatan Sultan Umar, putera saudara baginda (putera Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud) telah dilantik menggantikannya bergelar Sultan Ahmad II. Sebelum itu baginda bergelar Tengku Besar Paduka Mahkota. Baginda dilantik kerana Sultan Umar tidak mempunyai putera. Usia baginda ketika itu adalah 40 tahun. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai baginda. Baginda memerintah dari 1875 sehingga 1881. Read more about Sultan Ahmad II (Marhum Baharu)[…]

Sultan Abdul Rahman (Marhum Surai)

Sultan Abdul Rahman merupakan Sultan Terengganu yang kelima. Baginda merupakan saudara seibu sebapa dengan Sultan Ahmad Shah I. Baginda dilantik pada 4 Julai 1830 bersamaan 13 Muharram 1246H. Baginda memerintah tidak lama, kira-kira lima bulan 26 hari sahaja. Baginda mangkat pada 17 Rejab 1246H (1 Januari 1831M) dengan gelaran Marhum Surai. Baginda dimakamkan di Makam Read more about Sultan Abdul Rahman (Marhum Surai)[…]

Syeikh Abdul Kadir Bin Abdul Rahim (Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas)

Nama penuh beliau adalah Syeikh Abdul Kadir Bin Abdul Rahim, dikenali sebagai Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas.Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui, tetapi beliau datang ke Terengganu pada awal 1800M bersama orang-orang Patani yang berhijrah. PENDIDIKAN AWAL Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas mendapat pendidikan asas di pondok pengajian di Patani. Beliau merupakan datuk saudara kepada Syeikh Read more about Syeikh Abdul Kadir Bin Abdul Rahim (Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas)[…]


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5107