Bunga Emas

Bunga Emas merupakan satu tanda hubungan di antara Siam dan Terengganu. Istiadat ini bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Mansur I dan menjadi satu budaya di kalangan masyarat Terengganu. Namun, Bunga Emas disalaherti daripada Siam yang menganggap bahawa ia adalah ufti dan menyatakan Terengganu merupakan jajahan takluknya. Hal ini dijawab dengan pintar oleh Sultan Zainal Abidin Read more about Bunga Emas[…]

Bah Merah

Bah Merah merupakan banjir besar yang melanda negeri-negeri di Tanah Melayu, tidak terkecuali, negeri Terengganu ketika itu. Dikatakan banjir seburuk ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu mahupun sejarah Terengganu sendiri. Banjir ini berlaku pada tahun 1926.Banjir ini mendapat namanya kerana air banjir berkenaan berwarna merah, dipercayai daripada akar-akar kayu dan selut yang dihanyutkan dari Read more about Bah Merah[…]

Arak (Mengarak) Wan Tahir

Wan Tahir merupakan orang yang mengajar ilmu salah, berasal dari Kampung Duyung, Seberang Takir. Beliau dijatuhkan hukuman oleh Sultan Zainal Abidin III atas kesalahan berkenaan dan diarak selama 13 hari di sekeliling bandar Kuala Terengganu. Kemudiannya beliau menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkenaan. Peristiwa mengarak beliau disaksikan oleh penduduk Terengganu. Tujuan mengarak orang yang salah Read more about Arak (Mengarak) Wan Tahir[…]

Arak (Mengarak) Su Yang

Su Yang merupakan pemuda cina yang dijatuhkan hukuman kerana membunuh saudara perempuannya akibat pertelingkahan berebut harta. Setelah didapati bersalah, beliau diarak mengelilingi bandar Kuala Terengganu sambil diiringi upacara memukul canang. Setelah itu, beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan dihukum gantung di kawasan sekitar Paya Bunga. Peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin Read more about Arak (Mengarak) Su Yang[…]

Api Pecah Gedung

Api Pecah Gedung merupakan satu kebakaran besar yang berlaku di Kuala Terengganu pada 1300H (1882M). Kebakaran besar ini berlaku kira-kira setahun setelah Sultan Zainal Abidin III dilantik menjadi Sultan Terengganu. Api Pecah Gedung mendapat namanya kerana banyak gedung-gedung ubat bedil dan Istana Hijau menjadi mangsanya. Kira-kira 1, 600 buah rumah musnah dijilat api. BANTUAN Singapura Read more about Api Pecah Gedung[…]

Ancaman Saiyed Ali

Dalam masa pemerintahan Sultan Mansur I, kira-kira tahun 1788M, terdapat peristiwa melibatkan ancaman daripada Saiyed Ali Bin Othman yang merupakan cucu kepada Raja Alam Siak. Beliau telah menyerang kuala Senggora (Songkla, Thailand) dan mendapat banyak harta rampasan. Beliau kemudiannya menuju ke Kuala Terengganu. TINDAKAN SULTAN MAHMUD LINGGI Berita ini membuat Sultan Mansur I merasa gelisah. Read more about Ancaman Saiyed Ali[…]