Ulik Mayang

Ulik Mayang (Ejaan lain: Ulit Mayang, Ulek Mayang)  merupakan satu budaya persembahan masyarakat Terengganu yang terkenal dan dipersembahkan sebagai salah satu rupa budaya Terengganu pada hari ini.   ASAL USUL Terdapat banyak versi asal usul Ulik Mayang diceritakan oleh penduduk setempat bahkan peminat lagu serta persembahan ini. Namun, terdapat juga versi yang berbeza diceritakan. Berikut Read more about Ulik Mayang[…]

Bukit Puteri

 Bukit Puteri merupakan titik pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Bukit ini merupakan tempat sejarah yang penting kepada pensejarahan Terengganu. Bukit ini juga merupakan tempat strategik dalam pertahanan Kuala Terengganu dan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat Terengganu dahulu. Bukit ini berkeluasan kira-kira 0.688 hektar dan mempunyai ketinggian kira-kira 200 meter dari paras laut. Read more about Bukit Puteri[…]

Mitos Raja Syamsul Alam dan Zainal Abidin

Kisah rakyat ini direkodkan oleh penduduk Kampung Paloh, Kuala Terengganu dengan tambahan maklumat daripada penduduk Kampung Jenagor, Hulu Terengganu dan Kampung Padang Saujana, Setiu. Diceritakan semasa zaman Nabi Sulaiman AS, sebuah kerajaan telah terbina di Terengganu atau lebih tepatnya di Bukit Bintang, Setiu. Raja ini telah berkuasa di lembah Sungai Setiu pada zaman itu dan Read more about Mitos Raja Syamsul Alam dan Zainal Abidin[…]

Masjid Kampung Tuan

Masjid Kampung Tuan merupakan masjid lama yang terletak di Kampung Tuan / Kampung Enjin Gergaji di tebing Sungai Limbong, bersebelahan pusat bandar Cukai, Kemaman. Masjid ini dibina pada tahun 1830 oleh guru agama yang berasal daripada Pattani iaitu Syed Abdul Rahman Bin Abdul Samad yang tiba di Terengganu akibat tekanan dan ancaman peperangan dengan Siam. Read more about Masjid Kampung Tuan[…]

Bandar Marang

Sempadan pengaruh perbandaran Marang Bandar Marang merupakan ibu daerah kepada daerah Marang. Bandar ini menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dan juga institusi Kerajaan Persekutuan. Bandar ini merupakan bandar pelancongan dan menjadi tempat persinggahan untuk ke Pulau Kapas. Pinggir utara bandar ini adalah Kampung Rhu Rendang, pinggir selatan bandar ini adalah di Kampung Seberang Marang Read more about Bandar Marang[…]

Daerah di Terengganu

Pentadbiran di Terengganu adalah sama seperti negeri-negeri Melayu yang lain adalah berasaskan pecahan daerah dan mukim. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah dan badan bertanggungjawab adalah Pejabat Daerah dan Tanah bagi setiap daerah yang berada di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pejabat Daerah dan Tanah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah. Read more about Daerah di Terengganu[…]

Gamelan Terengganu

Gamelan yang tersebar di seluruh kepulauan Nusantara pada hari ini tidaklah dapat dinafikan lagi bahawa kesenian tersebut berasal daripada Jawa. Bahkan perkataan “gamelan” itu sendiri berasal daripada Bahasa Jawa yang bermaksud dipukul dan “bergamel” itu bermaksud memainkan alat muzik yang dipukul. Di Tanah Melayu pula, istilah gamelan sedikit berubah dengan makna memainkan alat muzik yang Read more about Gamelan Terengganu[…]

Setiu (Daerah)

Peta daerah Setiu dengan pecahan mukim. Setiu merupakan salah sebuah daerah di Terengganu. Daerah ini diuruskan oleh Majlis Daerah Setiu (MDS). LAMBANG DAERAH Bendera Setiu menggunakan warna koko yang melambangkan pengembelingan tenaga rakyat untuk pembangunan dan petempatan. SEJARAH Nama Setiu muncul daripada tokoh tempatan iaitu Tok Setiu. Beliau merupakan pahlawan Bugis yang terlibat dalam perperangan Read more about Setiu (Daerah)[…]

Besut (Daerah)

Peta daerah Besut dengan pecahan mukim. Daerah Besut merupakan salah sebuah daerah di Terengganu. Daerah ini diuruskan oleh Majlis Daerah Besut (MDB). LAMBANG DAERAH Bendera daerah Besut menggunakan warna merah yang melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja di kalangan rakyatnya. SEJARAH Asal usul nama Besut diceritakan secara lisan melalui tradisi penceritaan. Terdapat dua versi yang menceritakan Read more about Besut (Daerah)[…]

Hulu Terengganu (Daerah)

Peta daerah Hulu Terengganu dengan pecahan mukim Hulu Terengganu merupakan salah sebuah daerah di Terengganu. Daerah ini diuruskan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT). LAMBANG DAERAH Bendera Hulu Terengganu menggunakan warna jingga yang melambangkan pembangunan tanah dan prasarana teknologi maklumat. SEJARAH Hulu Terengganu mempunyai sejarah yang panjang dan menarik. Daerah ini muncul di dalam penulisan Read more about Hulu Terengganu (Daerah)[…]