Sultan Muhammad I (Marhum Telor)

Sultan Muhammad I merupakan putera kepada Sultan Mansur II, baginda memerintah daripada 1837M hingga 1839M dan menjadi sultan Terengganu kelapan. Beliau tewas dalam Perang Saudara Terengganu dan takhta beliau digantikan dengan Sultan Umar pada tahun 1839M.

Beberapa pembesar tidak menyokong perlantikan baginda kerana baginda tidak memenuhi kemuliaan raja-raja disebabkan tutur katanya dan suaranya pelat (telor). Perang Saudara Terengganu tercetus kembali setelah setahun kemangkatan Sultan Mansur II setelah Tengku Umar mengetahui kemangkatan Sultan Mansur II.


PEMBANTU

Baginda dibantu oleh Tengku Hitam dalam peperangan ini. Baginda melarikan diri ke Pahang, seterusnya ke Hulu Kelantan dan mangkat di sana.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5109