Baginda merupakan Sultan Terengganu ke-16. Baginda telah diputerakan pada 29 April 1930 di bandar Kuala Terengganu.
PENDIDIKAN AWAL
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kuala Terengganu dan di Sekolah Inggeris Crown Grammar, Kuala Terengganu. Baginda telah melanjutkan pelajaran ke England dari bulan Mei 1949 sehingga Disember 1950.
Baginda sekali lagi ke England untuk mengikuti kursus perikanan dari Ogos 1951 hingga Februari 1954.
MENGIKUTI LATIHAN TENTERA
Baginda mengikuti latihan tentera di Kem Latihan Askar Melayu Port Dickson pada 3 Januari 1955. Pada 20 Ogos 1956, baginda dianugerahkan Tauliah Di-Raja di dalam pasukan Askar Wataniah Malaysia sebagai Pegawai Sukarela dengan memegang pangkat Mejar menggantikan Tauliah Di-Raja Kehormat dalam Pasukan Askar Melayu Diraja.
Pada 1 Disember 1968, baginda telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel dalam Pasukan Pertahanan Tempatan (Askat Wataniah Malaysia). Baginda juga dilantik memegang jawatan Pegawai Pemerintah Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Terengganu Darul Iman pada tarikh yang sama.
PERLANTIKAN DAN PERTABALAN
Baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda pada 18 Disember 1950. Pada 2 April 1965, baginda dilantik buat kali pertama menjadi Pemangku Raja Terengganu dan pada 21 September 1965 baginda memangku jawatan Sultan Terengganu apabila ayahanda baginda, Sultan Ismail Nasiruddin Shah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong. Pada Mac 1979, baginda sekali lagi dilantik apabila ayahanda baginda berangkat ke luar negeri. Pada 20 September 1950, setelah kemangkatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baginda dilantik dan dinaikkan menjadi Sultan Terengganu.
Isteri-isteri baginda adalah:
- Tengku Ampuan Bariah Binti Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Tengku Ampuan Besar Terengganu.
- Sharifah Nong Al-Saggof.
- Cik Khatijah.
Putera puteri baginda pula adalah:
- YAM Tengku Mizan (DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke-17 kini)
- YAM Tengku Farah Quraishiyah Puteri
- YAM Tengku Norhana Puteri
- YAM Tengku Rahimah Puteri
- YTM Tengku Mustaffa Kamel
- YAM Tengku Baderulzaman
- YAM Tengku Badrul Hisham @ Tengku Baharuddin
Baginda mangkat pada 14 Mei 1998 di Hospital Queen Elizabeth, Singapura.
GAMBAR
Rujukan:
- Buku Pertabalan DYMM Sultan Mizan