Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 dan bonda baginda adalah Chik Maimunah. Baginda mendapat pendidikan awal dengan bersekolah di Kuala Terengganu. Kemudiannya, baginda telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar.


MULA BERTUGAS

Baginda berkhidmat di dalam jawatan awam di Kuala Terengganu pada tahun 1929 dan dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Kuala Terengganu pada tahun 1934. Baginda dilantik menjadi pengiring Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1935. Pada 1939, baginda dilantik sebagai Pendaftar Mahkamah Tanah di Kuala Terengganu. Manakala pada September 1940, baginda dilantik menjadi seorang daripada anggota Jemaah Menteri Terengganu. Kemudiannya, baginda dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama dan seterusnya menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1941.


PERKAHWINAN

Baginda berkahwin dengan Tengku Intan Zaharah pada tahun 1944.


PERTABALAN

Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu ke-15 pada 6 Jun 1949. Seterusnya, baginda dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agong pada bulan September 1960. Baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong Keempat pada 21 September 1965 dan baginda memegang jawatan berkenaan sehingga 20 September 1970.


KEMANGKATAN

Baginda mangkat pada 20 September 1979 dan dimakamkan di perkarangan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.


GAMBAR

 

 

 

 


Rujukan:

  1. Sejarah Trengganu, Haji Buyong Adil

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/gombgnet/public_html/ganupedia.com/wp-includes/functions.php on line 5107